Out There We Are One

CUEPACS nafi umur bersara 60 tahun tutup peluang pekerja muda

KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan pihak yang menentang cadangan had umur persaraan kakitangan awam dan swasta dilanjutkan kepada 60 tahun adalah golongan tidak faham terhadap keperluan dan kepentingan masa depan. CUEPACS memperjuangkan supaya had umur persaraan dilanjutkan bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup, termasuk perubatan, perumahan dan barangan keperluan harian. Sehubungan itu, Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak berganjak dengan cadangannya supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.- Berita Harian
Sepatutnya had usia persaraan adalah 50 tahun tak kira sama ada di sektor awam mahu pun swasta. Mana boleh paksa kerja dalam tempoh masa yang lama. Kena ikut suara majoriti. Sebelum buat cadangan & keputusan, adakah pihak cuepacs sudah bertanya kepada semua pekerja di malaysia? Sepatutnya usia persaraan 60-64 tahun adalah opsyen! Dengan ini apabila usia mencecah 50 tahun, terpulang pada pekerja sama ada untuk teruskan perkhidmatan atau sebaliknya. Andai benar 'pihak tertentu' larat bekerja sehingga usia 100 tahun sekali pun, mereka boleh pilih opsyen untuk terus berkhidmat. Tapi jangan sampai membebankan pihak yang lain. Andai kata usia persaraan diluluskan untuk 60-64 tahun, adakah akan ada masalah jika pekerja itu untuk bersara awal pada usia 50 tahun? Memang ya! Sekarang pun yang mohon bersara awal sukar diluluskan. Cuma 2 pilihan diberi. Sama ada teruskan kerja atau letak jawatan. Adilkah? Selain itu, memang sudah jelas & nyata, cadangan ini menyekat peluang golongan muda. Berapa purata graduan yang keluar universiti setiap tahun berbanding dengan peluang kerjaya yang ada. Kalau ada, kerjaya tidak setimpal dengan akademik. Sebab itu berlambak kerani2 berpendidikan diploma dan juga ijazah! Adilkah? Ada ura2 mengatakan kerajaan akan mansuhkan jawatan gred sokongan (upsr/pmr) untuk dinaiktaraf ke gred sokongan (spm). Adilkah? Walaupun berjawatan kerani, sepatutnya kerajaan membayar gaji mengikut pendidikan. Disebabkan graduan tidak memilih kerjalah mereka menjadi kerani! Ada yang sudah 10 tahun menjadi kerani! Apa guna diploma & ijazah mereka? Sekurang2nya jika gaji mengikut akademik, terjaga sedikit kebajikan mereka. Tidaklah pihak ptptn/mara/jpa menjadi 'along' memburu pelajar2 yang tidak bayar pinjaman sedangkan gaji mereka tidak mampu untuk bayar pinjaman memandangkan jadual pembayaran setiap bulan adalah tinggi. Ada suatu ketika pihak mara/ptptn mengatakan bayar serendah rm20 pun tidak mengapa asalkan tidak bayar langsung. Hakikatnya, apabila ada diantara mereka membayar rm20 sebulan, surat peguam yang mereka dapat! Adilkah? Aku bantah sekeras2nya had usia persaraan 60-64 tahun ini! Aku cadangkan had usia persaraan adalah 50 tahun dan 60-64 tahun adalah opsyen! Fikir kebajikan pekerja terutama dari segi kesihatan dan ruang kehidupan mereka bersama famili. Jangan hanya fikir untuk mengejar jawatan besar, gred tertinggi & gaji terakhir saja. Bukan boleh masuk kubur pun!

respon post sblm nie...

2 comments:

  1. aku tak larat keje sampai umur 60 tahun, 58 tu pun rasa dah lama sangat!!

    ReplyDelete
  2. time tu otak dah tepu :)) tu yg asyik mc aje =)) 50 thn tu dah OK sgt. pastu kalo nak 'tolong', bg ler borang opsyen utk samb keje beberapa thn lg ikut larat la ;) bkn paksa keje lebih sparuh abad usia kite nie...nanti x sempat rasa duit pencen =))

    ReplyDelete

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com