Out There We Are One

Golongan muda bantah umur bersara 60 tahun

klik untuk info selanjutnya

Tidak kira sama ada sektor awam mahu swasta, had usia persaraan 60 tahun ke atas adalah sangat² tidak sesuai. Saya bantah 100% cadangan yang agak 'bodoh' ini. Sepatutnya usia 50 tahun dah boleh bersara wajib. Jika mereka masih larat berkerja, baru boleh mohon lanjut sehingga 60 tahun atau pun 100 tahun sekali pun. Jika dikuatkuasakan had usia persaraan antara 60 - 64 tahun, ia seolah² seperti memaksa buruh kasar melakukan kerja tanpa rela. Jadikan had usia persaraan 60/64 tahun sebagai opsyen, bukan sebagai mandatori. Adakah untuk tahun² mendatang akan keluar pula arahan had usia persaraan wajib adalah 100 tahun? Ini adalah sangat tidak adil kepada para pekerja. Selain itu, cadangan ini jika dilaksanakan juga akan menjejaskan peluang kerjaya terutama naik pangkat bagi golongan muda & seterusnya meningkatkan lagi masalah pengangguran. Berilah peluang golongan muda untuk menerajui sesuatu organisasi. Bila usia semakin meningkat, kualiti kerja akan sedikit turun walaupun tidak semua orang. Cadangan ini sebenarnya lebih menguntungkan pihak atasan terutama golongan tertinggi yang berhajat untuk mengejar pangkat besar, gred tertinggi selain mata gaji akhir. Alasan supaya golongan berpengalaman lebih ramai adalah tidak rasional kerana golongan muda lebih cepat pick up dengan urusan² perkhidmatan. Golongan² muda ini akan lalui juga usia emas suatu hari nanti. Oleh yang demikian, tak perlu simpan lama². Beri laluan kepada orang baru. Orang lama boleh berehat, tumpukan pada keluarga serta 100% pada amal ibadat. Alasan jika had usia persaraan meningkatkan akan menyenangkan mereka di usia tua adalah kurang munasabah. Kenapa tidak dinaikkan saja gaji mereka? Sekurang²nya mereka mampu membuat simpanan setiap bulan untuk kegunaan hari tua kelak. Lebih baik tumpukan pada isu kenaikan gaji daripada isu had usia persaraan. Kalau boleh menteri² yang dah 'senja' pun sepatutnya ditukar dengan pemimpin² yang muda. Berikan kepercayaan kepada golongan muda. Jika golongan muda sudah berkhidmat seawal usia 18 tahun, adakah tempoh perkhidmatan 32 tahun masih tidak cukup untuk dikategorikan sebagai 'berpengalaman'? Adakalanya 'berpengalaman' akan bertukar menjadi nyanyuk jika terlalu lama berkhidmat. Jangan fikir semua orang 'sihat' selamanya untuk berkhidmat sampai menunggu saat kematian. Sepanjang tempoh perkhidmatan, bermacam² beban yang akan ditanggung terutama bebanan kewangan. Bila dah selalu berfikir, akan menyebabkan pekerja itu 'stress'. Golongan atasan mungkin tiada masalah untuk berkerja lama memandangkan mereka 'mampu' menelan vitamin² yang mampu bertahan lama. Bagi golongan sokongan dimana pendapatan tidak seberapa, maybe 'mampu' mengambil vitamin sekadar cukup makan. Sebab itu ada diantara mereka belum pun usia mencecah 50 tahun, sudah bermacam² penyakit ada dalam tubuh badan. Ketika itu, selalu tidak hadir ke pejabat & sedikit sebanyak akan menjejaskan mutu kerja seseorang & seterusnya menjejaskan perjalanan sesebuah organisasi. Saya percaya ramai di antara mereka hendak berehat bila usia mencecah 50 tahun. Kenapa perlu dilanjutkan had usia persaraan sedangkan ramai diantara mereka memohon untuk bersara secara pilihan sebelum 50 tahun? Apabila permohonan tidak diluluskan oleh pihak atasan, mereka 'terpaksa' meletak jawatan. Apabila meletak jawatan, banyak kemudahan tidak dapat dinikmati oleh mereka. Ini adalah tidak adil bagi mereka yang telah berkhidmat lebih 30 tahun meletak jawatan secara terpaksa tanpa rela. Selain itu, adakah cadangan lanjutan had usia persaraan mengambil kira pandangan semua pekerja dari sektor awam mahu pun swasta? Atau ianya pandangan dari pihak² tertentu sahaja demi kepentingan peribadi? Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Berdasarkan slogan ini, adalah lebih baik diutamakan kebajikan pekerja dan seterusnya memberi peluang golongan muda menerajui sesuatu organisasi demi merealisasikan pencapaian dalam perkhidmatan dengan lebih cemerlang! 50 tahun sudah cukup! Mereka bukan robot! Mereka bukan hamba abdi! Mereka bukan buruh kasar! Mereka manusia biasa, berkhidmat demi sesuap nasi untuk menyara hidup menanggung keluarga.

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com