Out There We Are One

Kenaikan Gaji @ Bonus???


KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.


Bagi aku gaji & bonus 2 perkara yang berbeza kerana gaji diberi setiap bulan manakala bonus diberi setahun sekali bergantung kepada kemampuan kerajaan. Sepatutnya tidak patut diberi pilihan sama ada gaji atau bonus. Adakah selepas kenaikan gaji, bermakna selepas ini tiada lagi bonus? Adakah bila diberi bonus selepas ini, tiada lagi kenaikan gaji? Sebab itu tidak wajar diwujudkan 'pilihan'. Selepas 5 tahun, sudah masanya kerajaan mengkaji kenaikan gaji selaras dengan peningkatan ekonomi sekarang. Manakala bonus terpulang kepada kemampuan kerajaan. Kalau ada, bagi lebih. Kalau tiada, bagi sikit. Lagi pun bukan duit siapa pun. Pusing sana pusing sini duit rakyat juga. Rakyat dah bayar macam² cukai. Nak makan kena cukai, nak jalan kena cukai, nak tengok tv (astro) pun kena cukai. Akan datang nak sms pun kena cukai. Gaji/pendapatan rakyat semuanya dihabiskan untuk membayar cukai dan juga 'bunga' bank/pinjaman.

Soalan kepada Najib Razak, "Antara makanan dan minuman, apa yang DS mahukan?" 

tunggu DS Najib Razak retweet aku ;) hehehe...

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com