Out There We Are One

Meja Bulat bersama Najib Razak




CAN WE CONTROL RISING PRICES. IF SO HOW?
Setiap rakyat Malaysia mempunyai MyKad. Pemegang MyKad juga membawa maksud dia adalah seorang warga Malaysia. Dicadangkan supaya segala transaksi dilakukan menggunakan MyKad. Selain itu, mana² pemegang MyKad yang berurusan menggunakan akan mendapat rebat iaitu merupakan subsidi. Ini bermakna, hanya rakyat Malaysia sahaja layak mendapat subsidi sesuatu barang yang dibeli. Sebagai contoh, seorang rakyat Malaysia mengisi petrol pada harga RM1.90 dengan menggunakan MyKad. Sebaliknya, rakyat asing yang mengisi petrol tanpa MyKad dikenakan harga tanpa subsidi iaitu RM3.28. Begitu juga dengan barangan-barangan keperluan harian seperti beras, minyak dan sebagainya. Jika harga minyak dijual pada harga RM2.50 pada pemegang MyKad, sebaliknya harga RM3.40 dijual kepada warga asing. Bukan saja petrol dan barangan keperluan harian saja, lebih afdal jika konsep ini digunapakai secara meluas kepada semua transaksi seperti termasuk bayaran tol, tiket kapalterbang, komuter dan lain-lain yang dirasakan perlu. Sebagai rakyat Malaysia, mereka layak mendapat keistimewaan yang orang asing tak dapat. Jika semua sama rata, dimana keistimewaan MyKad? Adakah ianya sekadar sekeping kad? Dari situ, sedikit sebanyak kerajaan akan dapat mengawal harga. Bukan tujuan untuk menindas orang luar terutama pelancong asing, tapi ini adalah hak keistimewaan yang patut dinikmati oleh rakyat Malaysia di tanahair mereka sendiri. Walau bagaimanapun, kerajaan harus menaiktaraf MyKad ke tahap keselamatan tertinggi memandangkan masih berlaku pemalsuan MyKad kepada rakyat bukan warganegara.

SHOULD WE CONTINUE WITH SUBSIDIES?
Mengenai subsidi, wajar diteruskan berdasarkan konsep yang telah diterangkan di jawapan no. 1 berhubung penggunaan MyKad dalam segala transaksi. Subsidi diberi untuk tujuan membantu mengurangkan beban rakyat ekoran peningkatan ekonomi. Adakah ekonomi akan turun? Adakah harga-harga akan turun?

HOW CAN PROGRAMMES TO ASSIST THE POOR AND LOW INCOME GROUP SUCH AS SUBSIDIES AND FOOD STAMPS, BE EFFECTIVE?
Mengenai program membantu  golongan berpendapatan miskin dan rendah, kerajaan harus melantik seseorang bagi setiap kawasan KECIL untuk memantau hal penduduk dibawah kawasannya. Sebagai contoh, seorang Ketua Kampung ‘wajib’ mempunyai maklumat terperinci setiap penduduk dibawah kawasannya. Maklumat-maklumat berkenaan termasuk dari segi tahap ekonomi sesebuah keluarga seperti jumlah ahli keluarga, pendapatan bulanan. Jangan lupa jumlah hutang kerana kebanyakkan data yang diperolehi hanyalah berdasarkan pendapatan bulanan tanpa mengira jumlah hutang yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah atas sebab perubatan dan sebagainya. Ini adalah salah satu punca kenapa ada diantara mereka tidak layak mendapat bantuan sewajarnya. Selain itu, sikap ‘orang tengah’ yang suka pancung pun menjadi salah satu faktor bantuan tidak sampai ke penerima yang sepatutnya. Untuk lebih telus, data² penerima bantuan perlu disimpan dalam sistem pangkalan data dimana rakyat boleh mengakses, sama untuk tujuan menyemak, melihat atau membuat pertanyaan, aduan serta pembetulan. Dari situ rakyat boleh tahu sama ada mereka yang layak sudah terima bantuan atau belum. Atau mereka yang tidak layak pula yang terima bantuan? Sebagai Ketua Kampung, Ketua Kawasan, Ketua Penghulu… mereka seharusnya turun pandang mengambil sendiri data-data penduduk dibawah kawasannya tanpa perlu mengharap ‘orang tengah’ 100%. Sehubungan itu, satu sistem pangkalan data bagi setiap golongan berpendapatan miskin dan rendah diseluruh negeri termasuk sabah, sarawak dan labuan terutama KAWASAN PENDALAMAN yang selalunya tercicir dari pandangan mata kasar pemimpin-pemimpin berkenaan. Selain itu setiap kali menyalurkan bantuan, cukuplah sekadar atas nama KERAJAAN, bukan atas nama parti politik. Membuat kebajikan biarlah ikhlas dari hati. Kalau rakyat pun boleh menilai sejauh mana keikhlasan para pemimpin, bagaimana pula dengan DIA? Mengenai pemberian zakat, bagaimana rakyat hendak tahu sejauh mana ketelusan dalam pemberian kepada mereka yang memerlukan? Adakah jumlah kutipan wang zakat sudah habis diberi sama rata kepada mereka yang berkenaan? Antara pemberi-pemberi zakat terdiri daripada anak yatim piatu juga. Apa hukumnya makan harta anak yatim piatu walaupun sekadar RM7?

HOW DO WE INCREASE WAGES WITHOUT ERODING COMPETITIVENESS?
Peningkatan gaji adalah perlu kerana faktor ekonomi yang sentiasa naik dari tahun ke tahun. Seharusnya kenaikan gaji selaras dengan kenaikan ekonomi memandangkan harga-harga keperluan harian dan sebagainya berdasarkan peningkatan ekonomi. 10 tahun lalu, RM50ribu boleh beli sebuah rumah teres 1 tingkat. Sekarang harganya melambung sehingga mencecah RM200ribu. Adakah gaji meningkat 4 kali ganda sejak 10 tahun lalu? Mungkin Malaysia akan mencapai Negara Berpendapatan Tinggi. Malangnya rakyat akan mencapai kemiskinan tertinggi walaupun pada mata kasar gaji agak tinggi. Jika sekarang harga rumah boleh mencecah RM200ribu, apa akan berlaku pada 10 tahun akan datang? RM800ribu? Dimana rakyat ketika itu? Merempat dinegara sendiri? Kenapa golongan kaya terus kaya & golong miskin terus miskin? Contoh paling dekat adalah pemberian BONUS pada penjawat awam baru-baru ini. Bukan untuk mengungkit (syukur Alhamdulillah), tapi untuk mengkaji semula kewajarannya. Bonus diberi separuh gaji atau minima RM500. Disitu sudah terang, jelas dan nyata ianya memberi kelebihan kepada golongan atasan dimana gaji mereka yang berpuluh-puluh ribu sudah tentu mendapat bonus pun berpuluh ribu sedangkan golongan rendah (sokongan) sekadar bersyukur dengan pemberian RM500 sahaja. Dimana ketelusan & keadilan yang cuba ditunjukkan. Kenapa tidak diseragamkan agar semua mendapat maksima RM500 tanpa mengikut pangkat dan gred? Dari situ pihak kerajaan sendiri sudah boleh berjimat memandangkan peruntukan untuk pemberian bonus adalah sebanyak RM2bilion! Jika semua dapat maksima RM500, sekurang-kurangnya… lebihan duit yang diperuntukkan boleh diperuntukkan untuk kenaikan gaji atau pun boleh disalurkan kepada mereka-mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, mualaf, badan kebajikan, rumah anak yatim dan sebagainya.
Jika dikaji semula elaun-elaun yang diterima oleh golongan atasan terutama pengurusan tertinggi seperti elaun petrol/tol, elaun telefon, elaun keraian, elaun tambang percuma… sejauh mana kewajarannya? Apabila berlaku kenaikan harga petrol, rakyat memberontak terutama golongan berpendapatan rendah. Begitu juga apabila tol lebuhraya dinaikkan. Yang terbaru caj perkhidmatan untuk pengguna pra bayar sebanyak 6%. Sudah tentu rakyat memberontak. Bukan kerana kenaikan harga-harga tersebut, tetapi memberontak kerana gaji masih ditakuk lama, tidak dapat menampung kos sara hidup yang kian meningkat tahun demi tahun. Golongan yang berpendapatan rendah terpaksa bayar jika melalui tol setiap hari jika ingin ke pejabat. Mereka juga perlu mengisi petrol hampir setiap hari bergantung pada lokasi. Sudahlah rakyat dibebankan dengan macam2 cukai, hendak tambah nilai pun kena caj. Jika dilihat cuma golongan berpendapatan rendah yang sentiasa tidak berpuas hati dengan setiap kenaikan yang berlaku. Bagaimana pula dengan golongan atasan seperti pegawai pengurusan tertinggi? Mereka pergi pejabat, disediakan kereta, disediakan kad untuk tambah nilai minyak dan tol dimana boleh ditebus balik. Mereka tidak bising sebab mereka tidak perlu bayar minyak mahu pun tol. Telefon bimbit pun diperuntukkan dimana bil ditanggung oleh pihak kerajaan. Elaun keraian yang tidak sewajarnya diberi memandangkan ramai telah menyalahgunakannya. Sepatutnya apa-apa keraian boleh menggunakan sumber yang telah diperuntukkan, bukan setiap bulan diberi kepada mereka tidak kira sama ada guna atau tidak guna. Adakah pihak atasan sanggup turun sedikit gaji dan naikkan gaji golongan berpendapatan rendah? Jawapannya sudah tentu TIDAK kerana mereka tidak sanggup bersusah-susah bersama rakyat.  Daya saing sentiasa ada dimana-mana, tapi dimana pula keadilan dalam mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah?
Pada pandangan saya, pemberian gaji kepada pekerja terutama kepada penjawat awam mungkin tiada masalah. Tapi pemberian elaun-elaun yang dirasakan tidak adil kepada semua pihak. Kelayakkan seseorang terutama dari segi pendidikan menentu penanda aras gaji seseorang pegawai. Tapi pemberian elaun sepatutnya diberi sama rata tanpa mengira pangkat atau gred mengikut kesesuaian elaun tersebut. Sebagai contoh elaun perumahan seorang pegawai gred tertinggi adalah RM2000 sebulan, manakala elaun perumahan seorang pegawai gred rendah adalah RM200. Jika dilihat, hampir 10 kali ganda perbezaan jumlahnya. Mungkin mereka akan bagi alasan, belajar tinggi-tinggi… inilah yang sepatutnya dapat. Tapi bagi saya… setinggi mana ilmu yang dipelajari, perbezaan sepatutnya pada gaji sahaja, bukan pada elaun. Berdasarkan harga pasaran rumah yang semakin meningkat saban tahun, adakah penjual akan menjual rumah tersebut mengikut gred? Kepada pegawai tinggi, harga rumah adalah RM200ribu dan kepada pegawai rendah, harga rumah adalah RM20ribu. Adakah begitu? Adakah harga kereta dijual mengikut kelayakan pendidikan seseorang? Pegawai yang ada Ijazah membeli kereta pada harga RM50ribu manakala pegawai yang cuma ada sijil sahaja boleh beli kereta pada harga cuma RM5ribu sahaja. Adakah begitu? Oleh yang demikian, kenapa perlu dibezakan? Kenapa perlu diluaskan lagi jurang diantara yang kaya dan yang miskin?

KESIMPULANNYA:
Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai manusia dengarlah!" Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: "Kami tidak mahu dengar." Lantas Umar bertanya: "Kenapa wahai Salman?" Jawabnya: "Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai." Kata Umar: "Jangan tergesa-gesa wahai Salman." Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: "Aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku". Jawabnya: "Ya!" Maka kata Salman: "Sekarang kami akan dengar." (Ibn Qutaibah, Uyun al-Akhbar,1/55).

RAKYAT bukan mengharapkan dari pemimpin untuk menunjuk-nunjuk kemewahan diri seperti peraga fesyen mempamerkan gaya dan keranggian pakaian mereka di atas pentas.
Apa yang rakyat harapkan adalah pemimpin melakukan keadilan dan kesaksamaan. Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil, amanah terhadap harta negara.
Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dia ialah maharaja yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan. Seseorang pemerintah dibangga dan dikasihi oleh rakyatnya apabila terserlah keadilannya.


btw, statement kat atas ini adalah pandangan/pendapat aku tentang topik perbincangan meja bulat bsama Najib Razak di portal beliau. cuma kat portal tu x leh taip pjg2. aku nie kalo dah taip susah nak bhenti. so, aku taip skit kat situ & dlm ms yg sm aku bg link bhubung statement aku yg pjg lebar tu yg aku upload kat tenet. expired dlm tempoh stahun sblm delete scara automatik. boleh klik link nie utk tgk...

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com