Out There We Are One

Gaddafi & Libya



Fakta yang tidak boleh dinafikan...

1. Tiada bil elektrik di Libya, elektrik percuma untuk semua rakyatnya.

2. Tidak ada faedah ke atas pinjaman, Bank² di Libya milik kerajaan dan pinjaman yang diberikan kepada semua warganegara pada kadar faedah 0% mengikut undang².

3. Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya. Gaddafi berikrar bahawa ibu bapa beliau tidak akan mendapat sebuah rumah sehingga semua orang di Libya ada rumah.  Bapa Gaddafi telah meninggal dunia ketika beliau, isteri dan ibunya masih tinggal dalam khemah.

4. Semua pasangan pengantin di Libya menerima Dinar 60,000 oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka bagi membantu memulakan kehidupan berkeluarga.

5. Pendidikan dan rawatan perubatan percuma di Libya. Sebelum pemerintahan Gaddafi hanya 25% daripada rakyat Libya celik huruf. Hari ini,  ianya meningkat ke 83%.

6. Sekiranya rakyat Libya ingin menjalankan kerja pertanian, mereka akan menerima tanah pertanian, sebuah rumah pertanian, peralatan, benih dan ternakan untuk menyuburkan ladang² mereka. Semuanya percuma.

7. Jika rakyat Libya tidak dapat kemudahan pendidikan atau perubatan yang diperlukan di Libya, dana Kerajaan akan menghantar mereka ke luar Negara. Bukan saja percuma, malah diberi elaun USD2,300 sebulan dan kemudahan pengangkutan.

8. Jika rakyat Libya membeli sebuah kereta, kerajaan akan memberi subsidi 50% daripada harga kereta.

9. Harga petrol di Libya ialah USD0.14 seliter.

10. Libya tiada hutang luar negara dan mempunyai rizab berjumlah USD150 bilion. Kini aset telah dibekukan di peringkat antarabangsa.

11. Jika rakyat Libya tidak dapat pekerjaan selepas tamat belajar, kerajaan akan bayar gaji  sehingga mereka mendapat pekerjaan.

12. Sebahagian jualan minyak Libya, dikreditkan terus ke akaun bank semua Rakyat Libya.

13. Seorang ibu yang melahirkan anak menerima USD5,000

14. Sebuku roti (40 keping) di Libya berharga USD0.15

15. 25% daripada rakyat Libya mempunyai Ijazah

16. Gaddafi telah melaksanakan projek pengairan terbesar di dunia yang dikenali sebagai The Great
Man-Made River untuk memastikan bekalan air sedia ada di seluruh kawasan padang pasir.

benar atau tidak, wallahu'alam 

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com