Out There We Are One

O.M.G


Seorang Muslim dituntut supaya sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah SWT berfirman, "Tidakkan dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang." Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa Arab Tuhan ialah Rab. Perkataan Tuhan boleh dikata jamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya. Tiada dua atau tiga hanya Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah Ya Allah kerana maknanya berbeza dengan Oh My God.

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com