Out There We Are One

11.11.11 & Istana Negara

aku bukan nak wat citer pasal tarikh 11.11.11 pd jam 11:11:11. tp aku nak citer pasal perasmian Istana Negara yg baru;) actually bpindah ke lokasi yg br. maybe agak lewat skit update coz dah nak tgh mlm. hari nie secara rasminya Istana Negara beroperasi! jom kite terjah skit!
tersergam indah! bl la dpt masuk kat sini....
Istana yg br dibangunkan atas tanah seluas 241.3 ekar kat area Jalan Duta, KL dengan keluasan lantai kasar  keseluruhan sebanyak 90,082 meter persegi. 
rasa nak copy design nie kalo nak wat umah sendiri :p
projek nak wat Istana nie start dr Nov 2007 smpi ler Sept 2011. wah.... amik ms 4 thn tu! Okt 2011, majlis penyerahan Istana negara telah diadakan diantara pihak JPM & pihak Istana. buat julung kalinya negara kita akan ade sebuah Istana Negara yang serba lengkap dan terancang rapi bagi memenuhi sifat dan fungsinya sebagai tempat istiadat utama dan persemayaman Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. maka dengan rasminya Kompleks Istana Negara Baru ini mula berfungsi bagi menggantikan Istana Negara sedia ada. 
logo panji diRaja. kuning gitu!
utk makluman & pengetahuan sume, kita bakal dpt SPB YDP Agong yg baru. ini kerana giliran Tuanku Mizan Zainal Abidin Sultan mahmud Al-Muktafi Billah Shah sbg SPB YDP Agong ke 13 akan berakhir pada 12.12.2011 ini. [klik sini] kalo nak tau pasal Baginda Tuanku Mizan. dah 5 thn rupanyer. kejap aje ms blalu kan. sideh woooo.... suka giler dgn Baginda sorang nie :p


dgr citer SPB YDP Agong ke 14 adalah Sultan Kedah, iaitu Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Baginda juga merupakan SPB YDP Agong yg ke 5 bmula pd thn 1970 shingga 1975. ini bmakna ianya adalah kali kedua Baginda menjadi Ketua Negara. [klik sini] utk lihat senarai SPB YDP Agong yg pertama sehingga yg terkini...
SPB YDP Agong ke 14

sblm aku tutup citer pasal Istana Negara yg baru nie, jgn lupa pula Istana Negara yg lm lak. cer citer cer citer....
Istana Negara (lama)
korang tau x Istana Negara (lama) nie asalnya cuma banglo (1928) yg bharga rm150k sahaja tau milik jutawan dr Tanah Besar. pastu kita beli dgn harga rm1.4juta woooooo pd thn 1957! tu pun lps jepun kalah coz sblm tu jepun yg dok kat banglo tu. x tau la ape nasib jutawan tu. kalo nak tau citer pasal Istana Negara (lama) nie [klik sini]...

kan bagus kalo stiap 5 thn akan tukar gambar SPB YDP Agong terkini pd wang kertas :p

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com