Out There We Are One

15 perkara sebelum bala

Imam al-Tirmizi meriwayatkan sepotong hadis yang panjang daripada Rasulullah SAW berkenaan keadaan manusia akhir zaman. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka akan ditimpa bala."
Ada orang bertanya: "Apakah perkara-perkara itu wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab:
  1. Apabila harta negara dibolot oleh satu golongan sahaja
  2. Amanah dianggap peluang untuk mengaut keuntungan duniawi
  3. Membayar zakat dianggap satu kerugian
  4. Lelaki patuh kepada isteri
  5. Lelaki derhaka kepada ibunya
  6. Mengutamakan kawan
  7. Menjauhkan diri daripada bapa sendiri
  8. Meninggikan suara di dalam masjid (bertengkar dan gelak ketawa duniawi)
  9. Pemimpin dipilih daripada kalangan orang yang hina dan jahat
  10. Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya
  11. Ramai orang meminum arak
  12. Ramai lelaki yang memakai sutera
  13. Penyanyi perempuan digemari
  14. Alat-alat muzik digemari ramai
  15. Orang yang kemudian daripada umat ini melaknat generasi terdahulu

"Apabila berlaku perkara-perkara ini, maka tunggulah ketibaan angin yang panas ataupun gerhana ataupun suatu perubahan yang besar." (Riwayat al-Tirmizi, No.2210)
Disini, terselit satu pengajaran tersirat iaitu kebenaran risalah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Walaupun perkara ini diungkapkan lebih 1400 tahun yang lalu , ia terbukti benar-benar menjadi realiti.

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com