Out There We Are One

Tersirat disebalik katak bawah tempurung!

sesuai dgn situasi skrg yg x menentu!


AKU MAAFKAN KAMU! mesti korang dah pernah dgr lagu dendangan Malique ft. Jamal Abdillah nie. aku pun layan gak lagu nie terutama drpd Malique coz kebanyakkan lagu yg dsampaikan ade mesej tertentu. biasanye secara kiasan atau pun sindiran. begitu gak ngan lagu 'Aku maafkan kamu' nie. setakat dgr aje x de pe sgt. tp bl baca lirik satu persatu, ade sesuatu yg tsirat yg cuba disampaikan. ape yg aku nampak cuma 3 pkara aje iaitu AGAMA, BANGSA & POLITIK. itu pandangan aku saje. maybe pd pandangan org lain berbeza perspektifnyer. aku x pandai nak rumus & hurai stiap lirik yg tsirat coz aku bukan sasterawan negara. tp aku nak fokus pd lirik 4 rangkap tsebut tu. sblm nie kite sll dgr peribahasa 'Katak Dibawah Tempurung'. maksudnye mengikut kefahaman aku... seseorang yg tidak tahu ape yg berlaku dluar sana. x pasti mmg x tau atau x nak amik tau. yg penting, tkurung dlm dunianyer aje. tp lirik kali nie jauh lebih drpd tu. 'Ada teratak di hujung kampung. Bawah cermin kopak ada kotak. Tersembunyi dalamnya ada tempurung. Sembunyi bawahnya katak melalak'. bkn saje tkurung dlm dunia tempurung aje, malah tkurung dlm dunia kotak, tkurung dsbalik cermin kopak & tkurung dihujung kg. mmg dah kritikal sgt spesis mcm nie. jom terjah lirik lagu nie. hayati & fahami maksud yg tsirat yg penuh sindiran.

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif) Ada teratak di hujung kampung
(Ba) Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta) Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

maksud  lirik terakhir tu pun mendalam gak. 'Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan' so, merujuk kpd sebahagian ayat 216 drpd Surah al Baqarah yg bmaksud, "...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah SWT jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya".

wallahu'alam

4 comments:

  1. ingatkan suka katak :))

    ReplyDelete
  2. suka lagu ni part katak :D

    ReplyDelete
  3. suka katak ke? mesti ade bela katak kan? hehehe...

    ReplyDelete

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com