Out There We Are One

Indeks Jisim Badan (BMI)

Klik untuk pengiraan BMI anda.

Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori Kurang Berat, Normal, Berat Berlebihan atau Obesiti? Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak.
Obesiti di Malaysia telah menjadi suatu trend yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat negara ini. Obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis, dan kanser.
Kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000. Kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum India, iaitu sebanyak 25.6 peratus, diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina, 19.5 peratus.
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus
Sebuah pusat penjagaan kesihatan ditubuhkan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai berat badan yang sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan yang sihat dan pengendalian berat badan untuk jangka masa panjang.
Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit.
Sumber: Wikipedia
korang dah ukur BMI? [klik sini] utk kira berat korang :p amacam? takut x? BMI aku 22.5 (normal) hihihi.... serammmmm

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com