30 Februari

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad. Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300. Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu. Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata. Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

TAPI! tahukah anda, bulan februari ada 30 hari ;) tak percaya? cuba tgk kalendar dari Sweden pada tahun 1712. aku rasa tu la kali terakhir ade 30 hari dlm bulan Februari kot :p korang leh refer kat website pasal 30 Februari tu [klik sini] hehehe... pasal 29 Februari yg 4 kali setahun tu..... untung ke rugi sbnr nyer kalo tarikh lahir, tarikh ulangtahun perkahwinan & tarikh² istimewa jatuh pada 29 Februari? maklum ler dpt celebrate 4 thn skali. maybe rugi sbb x dpt celebrate stiap thn, tp maybe untung sbb bl celebrate konpem istimewa. mn ler tau dpt hadiah pun 4x ganda drpd biasa :D wakaka :)) btw, nantikan filem muzikal 3D yang pertama daripada KRU Studio hasil buah tangan Edry Abdul Halim yang bertajuk 29 Februari!







Selepas kejayaan filem Magika, pengarahnya, Edry Abdul Halim enggan mendiamkan diri dan memilih untuk mencuba sesuatu yang baru.
Lantas filem 3D stereoskopik berjudul 29 Februari tampil mengetengahkan idea kreativiti barunya dan sekaligus mengangkat karya keduanya itu sebagai yang pertama di negara ini menggunakan teknologi berkenaan.
"Filem ini menampilkan teknologi 3D stereoskopik dan merupakan yang pertama di negara ini menggunakan teknologi tersebut. Ia dihasilkan sebagai tanggungjawab kami kepada industri seni dan bukanlah sebuah hiburan kosong sahaja. Saya bangga dapat menghasilkan filem ini," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Stadium Merdeka, beberapa hari yang lalu.
Dibintangi oleh Remy Ishak dan Jojo Goh selaku pendukung utama, jelas Edry filem berkenaan mengangkat sebuah kisah cinta yang terhalang dek keluarga berikutan berlainan agama.
Namun yang menariknya mengenai filem tersebut ialah ia mengetengah elemen cinta, muzikal dan epik dalam satu pakej.
"Filem ini mengangkat kisah seorang lelaki bernama Budi yang dilahirkan pada tahun lompat iaitu pada 29 Februari. Perkembangan kehidupannya lebih perlahan berbanding orang lain kerana empat tahun orang biasa bersamaan setahun untuk lelaki itu.
"Dari situ bermulalah pelbagai kisah yang dilaluinya dan salah satu tentunya kisah cintanya terhadap gadis cina bernama Lily. Kelebihannya pada filem ini ialah suntikan muzikalnya serta pada masa yang sama kupasan sejarah kehidupan bermula pada zaman 1896 antaranya perang Jepun dan peristiwa 13 Mei ," ucapnya. 
Tambah Edry lagi, penonton juga akan dapat melihat antaranya peristiwa 13 Mei dan perang Jepun yang turut diselitkan dalam filem berkenaan.
Dengan berbajetkan RM 3.5 juta, kata Edry antara cabaran yang dilaluinya dalam menyiapkan filem ini ialah ketepatan fakta sejarah serta ketelitian dalam penghasilannya menggunakan elemen 3D itu sendiri.
"Cabaran utama saya tentunya dari segi fakta sejarah, yang mana tak boleh salah dan tak boleh nak songsangkan sejarah. Sebagai contoh babak 13 Mei dan perang Jepun itu merupakan satu fakta jadi kita tak boleh tipu. Saya tak boleh nak putar belit sejarah.
"Selain itu juga, menerusi penggunaan teknologi 3D ini semuanya perlu diteliti kerana ianya nampak detail. Bayangkan kita menggunakan 3D untuk mempamerkan emosi dan ia bukanlah satu tugas yang mudah," katanya filem tersebut bakal ditayangkan pada 30 Ogos tahun hadapan. - murai
kan best kalo ditayangkan ari nie 29 Februari ;) br kena dgn tajuk :p hehehe...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l.com@my.com

Lu Langsi Wa Blogging Lagi...