Kenapa Umat Islam Dilarang Sambut Valentine's Day

"Amalan merayakan hari kekasih (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut." - Jawatankuasa Fatwa
Kenapa Umat Islam Dilarang Sambut Valentine's Day?

1. Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

2. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

3. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

4. Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

5. Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

6. Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

7. Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.

8. Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.




amacam? dalam fatwa pun dah sebut pasal hukum sambut Valentine's Day nie. kenapa perkara yang dilarang... suka sgt nak buat. tapi bila perkara yang disuruh... punyer ler liat nak buat. maybe ramai yg x tau pasal hukum hakam meraikan sesuatu perayaan spt Valentine's Day nie. bukan sume buleh kite rai sewenang2nyer. so... yg dah tau nie, x yah ler sambut OK. Islam mengajar kita berkasih sayang sesama umat pada setiap saat, setiap masa, setiap waktu, setiap hari. bukan pada hari2 tertentu. kasih sayang antara ibu & bapa, ibubapa & anak2, adik-beradik, sahabat, saudara mara dan juga kepada jiran tetangga yg non muslim. tapi yg kapel2 tu jgn lebih2 pulak nak bkasih syg. 
setiap kali tiba Valentine's Day, mesti ade komen spt ini, "dlm tempoh 9 bulan nie mesti ade kes buang bayi". yg sidehnye kebanyakkannyer adalah melayu Islam. korang x sideh ke tgk bayi yg x bsalah dbuang mcm tu aje? ntah ape yg diorang mkn pun aku x tau la smpi hilang sifat kemanusiaan. kadangkala aku tgk binatang lebih kepada sifat kemanusiaan, manusia pula bsifat kebinatangan! dunia akhir zaman...
cuba tgk kat fanpage FB atas nie. bape ribu org yg support usaha utk mboikot Valentine's Day? Alhamdulillah... skurang2nya ada kesedaran di antara mereka2 itu. setakat yg aku post ari nie, 11031 orang yg support tmasuk aku. korang bila lagi? sila klik LIKE kat fanpage 'Boikot Hari Kekasih @ Valentine's Day' jika korang support usaha nie. jika korang setuju 100% dgn n3 aku pada kali nie, sila like post aku nie k. tQ


"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum tersebut."

2 comments:

Terima kasih di atas komen anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l.com@my.com

Lu Langsi Wa Blogging Lagi...