Out There We Are One

Video: Proton P3-21A di Proton Power of 1, Stadium Bukit Jalil!

pagi tadi aku tgk satu video kat youtube pasal kereta proton yg terlatest. boleh tahan gak kali nie. ciri² mmg boleh dkatakan canggih gak. yg paling best ade ciri Auto Rain Sensor. kalo hujan aje automatik wiper akan bgerak sendiri! pastu nak start enjin x perlu kunci... tekan butang aje :p ruang dlm kete pun mcm luas... nampak selesa aje. pastu ade Smart Info Display... segala info bkaitan kereta akan dipaparkan kat situ secara tounch screen. ade 4g tau. leh men tenet dlm kete :D x silap aku 4G nie drpd YES! kan.  x perlu beli GPS dah coz dah siap tpasang dlm kete tu. Auto Light Sensor lak maybe automatik akan on depend pada pengcahayaan. kalo dlm keadaan yg gelap sgt... automatik akan buka lampu tinggi. yg penting enjin 1.6 turbo! jom layan video kat bawah nie...






amacam? gerek seh! dah makin maju proton nie! walaupun ramai yg dok kutuk proton... tp aku bangga bl pakai kereta buatan Malaysia even x de la 100% home made. nothing is perfect. manusia pun x sempurna, inikan mesin buatan manusia. cuma kalo harga lg murah drpd kereta² import lg cantek! tp dsbbkan nak bsaing dgn kereta import, tpaksa gak jual mahal. sabo aje ler... Model P3 21A didatangkan dalam tiga varian iaitu 1.6 liter Premium CPE, 1.6 liter Eksekutif CVT dan 1.6 transaksi manual (MT). Harga bagi model terbaru ini pula dianggarkan sekitar RM62,000 sehingga RM75,000 seunit mengikut varian.

kalo tgk pd gambar kat atas nie, design proton P3-21A lebih kureng mcm proton Tuah. mesti korang pernah tgk kan. aku harap nama Tuah tu dikekalkan. kalo nak letak nama lain, biarlah melambangkan keMalaysiaan. maksud aku guna bahasa kebangsaan. jgn la nak international sgt smpi nama kereta dah mcm nama barat. kena bangga la dgn produk tempatan kan.

sekarang nie pun ade pameran kereta proton P3-21A di Stadium Bukit Jalil mulai semalam 14hbMac smpi la hari ahad nie 18hb Mac. 5 hari tu! sape nak tgk depan mata, leh la terjah di lokasi kejadian. mn ler tau kot² leh pandu uji. untuk maklumat lanjut pasal event Proton Power of 1 sila [klik sini] OK!

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com