Out There We Are One

Qiyamu Ramadhan & QPR



seperti yang semua sedia maklum, malam ini bermulalah solat terawih yang pertama. Terawih juga dikenali sbg Qiyamu Ramadhan. ini kerana esok semua umat Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. segala setan² btanduk mahu pun setan gondol akan diikat. tp ade aje 'setan' kat luar sana yg terlepas. harap² kita semua bukan dlm golongan setan yg tlepas tu OK... insya'Allah.

dan rasanya semua dah tau, malam ini juga berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Kelantan menentang QPR. agak² bape kosong ek? tempoh hari Sabah dah kena balun 5-0 ngan QPR. sabo aje ler. sepatutnya hantar pasukan Harimau Malaya utk menentang QPR baru syok :p QPR nie pasukan kelab aje pun... tapi kenapa mcm pasukan negara ek ;) maybe FAM leh jawab soklan cepukmas nie :)) hehehe

tapi kenapa perlu diadakan perlawanan pada malam dimana semua umat Islam sedang mengerjakan solat terawih? memang ler sepak mula jam 9:30 mlm. tapi aku percaya, sblm maghrib masing² dah tcongok dpn stadium. 

pihak stadium ada menyediakan ruang utk penonton solat terawih. tapi aku percaya ruang tersebut adalah terhad dan bkn sume penonton boleh solat terawih serentak melainkan dbuat ditengah padang sblm sepak mula. ape² pun... sentiasa berfikiran positif. insya'Allah peminat² bola sepak pasti takkan melepaskan peluang untuk mengerjakan solat terawih yang pertama di Stadium. cuma jgn gelojoh sudah ler gara² nak tgk bola k. ada yg tau, dan ada yg kurang tau bahawa solat terawih boleh dilakukan bukan saja slps isyak, malah ianya boleh dilewatkan sehingga sblm subuh. so, byk masa yg diberikan oleh Allah SWT kepada umatNYA dalam mengerjakan amal ibadah. Islam itu mudah kan ;) cuma lebih afdal jika dilakukan secara berjemaah. time berjemaah selalunya adalah selepas solat isyak kan. tapi kalo nak bersendirian pun boleh....

sukan² juga... amal ibadah jgn sesekali dilupakan walaupun ianya sekadar sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut). gomo kelate gomo!

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com