Out There We Are One

[BANTUAN] @KamalFnd Hashim, Penganalisis Jenayah menderita #AVM 'ArterioVenous Malformation'


"KAMAL FND HASHIM merupakan penganalisis jenayah terkemuka negara dan juga  yang pertama di Asia. Minat mendalam beliau terhadap jenayah terserlah semasa menjadi wartawan jurugambar. Bertitik tolak dari itu, beliau berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan seterusnya melangkah jauh dengan menyambung pelajaran di United Kingdom di dalam bidang jenayah. Sekembalinya ke tanah air, beliau dilantik sebagai Pengerusi Public Education Committee. Kini beliau juga meruapakan salah seorang exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia selain Pengerusi Youth Outreach Committee. Beliau juga aktif sebagai penceramah dan sering dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan jenayah bagi beberapa organisasi antaranya Jabatan Tenaga Kerja, MMHE, UIAM, UiTM dan banyak lagi. Manakala antara program kemunculan beliau di kaca TV dan radio ialah Malaysia Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, 999, Remaja, Bernama Radio24 dan Hot FM."


Aku rasa ramai yang mengenali beliau bila dikaitkan dgn isu² jenayah. Aku terus msg beliau dalam facebook sebaik saja mengetahui tentang penderitaan yang dihidapinya iaitu 'ArterioVenous Malformation' atau lebih dikenali sebagai AVM. aku pun x pasti apa itu AVM, tapi menurut beliau... ada 'urat lebih' yang wujud dalam kepala sejak lahir tanpa disedari yang mengganggu fungsi otak. Akibatnya selalu sakit kepala dan sukar kawal pergerakkan tangan. Dan menjadi bertambah masalah apabila pihak insurans tidak cover kos pembedahan. Untuk mengurangkan beban, beliau menawarkan diri untuk memberi ceramah/seminar kepada sesiapa saja yang memerlukan perkhidmatannya demi mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan perbelanjaan beliau yang berjumlah RM41,820. Walaubagaimana pun ianya terpaksa ditangguhkan sementara waktu kerana kekurangan dana gara² pihak insurans berkenaan! Kepada yang memerlukan perkhidmatannya, boleh menghubungi saudara Azmil Abdul Aziz (CakapDotCom) di talian 013-6366673. Dan jika ada yang ingin salurkan bantuan  ikhlas berbentuk kewangan, boleh bank-in ke akaun bank beliau, Public Bank 4007 85 2927.


di atas adalah salah satu status di wall fb beliau berhubung penderitaan yang dihidapinya. maybe ramai yang masih ingat lagi pada tahun lepas (6 Julai 2011) beliau berdepan dengan detik mencemaskan apabila diserang dan ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang mengamuk. akibatnya beliau cedera di lutut dan juga tangan kanan. walaupun bagaimana pun, penyerang tersebut mati ditembak oleh beliau sendiri demi mempertahankan diri.


tadi aku terima surat jemputan seminar berkaitan motivasi di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur pada hujung tahun nie dimana salah seorang penceramah adalah saudara Kamal Fnd Hashim berkaitan isu Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. memandangkan opis aku x bape nak sponsor, x dapat la aku nak join seminar tersebut. kalau x, boleh aku jumpa dengan beliau. namun aku tetap berdoa semoga beliau sihat wal'afiat hendaknya agar dapat memberi khidmat kepada masyarakat seperti selalu... amin!


No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com