Out There We Are One

Bagaimana untuk paparkan status @Facebook Page anda di @Twitter anda?


Sekalipun facebook dan twitter tidak memerlukan satu sama lain. Tapi sebagai blogger, memang memerlukan kedua-duanya dalam menyebarkan segala info kepada pembaca blog, sama ada follower twitter mahu pun fan facebook selain blog itu sendiri. Jika dulu, pembaca blog hanya mengetahui melalui blog sahaja. Kini, mereka juga boleh dapat info melalui facebook dan twitter. Ini bukan bermakna segala info blog boleh didapati dalam facebook dan twitter, tetapi sebagai medium perantaraan. Selain itu blogger boleh berinteraksi secara langsung dengan pembaca. Jangan kata facebook dan twitter tak penting bagi seorang blogger OK?


Topik kali ini mengenai 'Bagaimana untuk paparkan status Facebook Page anda di Twitter anda?' Apa yang dimaksudkan disini adalah bagaimana untuk paparkan status facebook page di twitter dalam masa yang sama... serentak. Jika lihat gambar diatas, ianya merupakan setting untuk twitter dimana membolehkan pengguna twitter memaparkan status twitter di facebook profile atau pun facebook page. Apa yang kita tulis di twitter, secara automatik akan publish di wall facebook termasuk page (jika ada)/ Caranya mudah saja. Untuk setting, boleh klik sini.


Berbalik kepada topik kali nie, aku akan explain cara2 untuk setting facebook ke twitter ikut kefahaman aku. Maybe ramai yang dah tahu. Tapi yang belum tahu, boleh cuba selepas ini. Ada 2 kaedah:

Yang Pertama, buka facebook page anda. Klik edit page.


Klik mana2 dalam edit page (Update Info, Manage Permissions, Admin Roles, Manage Notifications). Kemudian klik Resources.


Langkah seterusnya adalah klik Link your page to Twitter.

atau Yang Kedua, yang paling mudah dan cepat... direct link (http://www.facebook.com/twitter). Akan kelihatan 2 opsyen. Satu opsyen untuk Link My Profile to Twitter. Satu opsyen lagi untuk Link a Page to Twitter. Pilih opsyen page dan cari page anda dalam senarai (jika anda buat banyak page).


Klik Link to Twitter untuk page yang dikehendaki. Seterusnya Twitter akan dibuka. Pastikan sebelum itu anda sudah login akaun twitter untuk page berkenaan. Kalau belum, boleh login kemudian. Ini kerana, ada yang buat akaun twitter secara berasingan iaitu satu untuk peribadi, satu lagi untuk blog. Jika ada 2 akaun twitter, bolehlah link page ke akaun twitter untuk blog tersebut. Sebagai contoh aku link Facebook blog ke Twitter blog aku.


Klik butang Authorize app untuk memberi keizinan kepada pihak facebook untuk menggunakan akaun twitter anda bagi tujuan link antara satu sama lain. Jika anda tekan butang Cancel, tiada link antara facebook dan twitter.


Selepas pengesahan, laman Twitter akan kembali semula ke laman Facebook untuk beberapa saat.



Pastikan akaun twitter yang telah link adalah seperti yang dikehendaki. Anda boleh ubah setting sama ada nak publish semua aktiviti facebook di twitter atau yang tertentu saja. Klik Save Changes dan anda boleh lihat hasilnya. Cara yang sama boleh dibuat untuk link akaun peribadi facebook anda ke akaun peribadi twitter anda. Selamat mencuba!

Credit to: Michael Gummelt


No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com