Out There We Are One

Majikan & pekerja ditangkap khalwat 8km dari pejabat! @KKMPutrajaya @LiowTiongLai


Tajuk kecil "Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua pembaca Kosmo!" Tajuk besar, "Ketua Pengarah Kesihatan mengaku berkhalwat". apa nak jadi dengan umat akhir zaman nie. dalam kita hendak menyambut hari yang mulia, tercemar dengan perilaku yang sukar dimaafkan. ingatkan makin tinggi tahap pendidikan seseorang itu makin tinggi IQ, tapi nampaknya aku silap. bila terlampau pandai, adakalanya otak menjadi bengap. bila dah bengap, inilah jadinya.

“Saya bertanggungjawab atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang dan saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,” kata Hasan.
Sabda Rasulullah SAW, "Bukanlah dari golongan kami seseorang yang merosakkan hubungan seseorang perempuan dari suaminya."

sebagai majikan, sepatutnya memberi nasihat kepada pekerjanya berhubung masalah rumahtangga. bukannya mengambil kesempatan di atas masalah yang dihadapi. sebab itu seboleh²nya jangan cerita masalah rumahtangga kepada orang luar terutama yang berlainan jantina. sudah menjadi trend si suami akan mengadu kepada kawan perempuan dan si isteri akan mengadu kepada kawan lelaki. jika iman tidak kuat, syaitan akan take over dan kesudahannya berlakulah kecurangan dan seterusnya membawa kepada penceraian.


satu lagi isu yang perlu diambil perhatian berhubung masalah rumahtangga ialah apabila masalah diluahkan di rangkaian sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. gaduh aje update status, marah aje update status. adakah ianya membantu menyelesaikan masalah? TIDAK! mendatangkan lagi masalah ada ler. peringatan utk diri aku juga. Nauzubillah... minta dijauhkan. jangan sesekali meluahkan masalah rumahtangga di alam maya. lebih baik meluahkan masalah kepada yang benar2 pakar atau ahli keluarga terdekat. lagi pun berdosa besar mengaibkan pasangan kita secara terbuka di alam maya. suami kena jaga aib isteri. isteri kena jaga aib suami. kalau kita jaga aib orang lain, nescaya Allah SWT akan jaga aib kita di akhirat kelak... insya'Allah. walaupun teruk mana sekali pun pasangan kita, jangan sesekali kita mengaibkan mereka terutama dihadapan rakan². bila dah kahwin, masing2 perlu jadi pelindung diantara satu sama lain. sama² pertahankan alam rumahtangga yang dibina. sama² menjaga aib dan maruah diri serta pasangan.


Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bagi seorang mukmin, setelah bertakwa kepada Allah s.w.t tidak ada sesuatu yang terbaik, selain daripada isteri yang soleh, iaitu isteri apabila disuruh, dia mentaatinya, apabila dipandang menggembirakannya, apabila diberi janji, diterimanya dan apabila ditinggalkan pergi, dirinya dijaga dengan baik begitu juga harta suaminya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)


Dalam sebuah hadis lain, daripada Saad bin Abi Waqqas dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kebahagiaan anak Adam itu ada tiga, manakala kecelakaannya juga ada tiga. Sesetengah daripada kebahagiaan anak Adam itu ialah isteri yang soleh, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang elok. Dan sebahagian kecelakaan manusia itu ialah isteri yang jahat, rumah yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (Hadis riwayat Ahmad)

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com