Out There We Are One

Kenapa harga iPad Mini di Lazada lagi mahal daripada Apple sendiri?


sebelum Ipad Mini dipasarkan secara rasminya di Malaysia, Lazada terlebih dahulu dah buat promosi di laman webnya Lazada.com.my

bagi aku harga RM1,499 agak mahal dengan saiznya yang 'mini' tu. lagi pun dengan spec hanya 16GB + WiFi sahaja, agak tak berbaloi untuk dibeli. 

tetiba tadi aku terbuka laman web Apple.com/my dan terkejut apabila harga yang ditawarkan untuk iPad Mini 16GB + WiFi hanyalah RM999. 

dengan spec yang sama, perbezaan harga adalah RM500! kenapa pihak Lazada jual lagi mahal daripada pihak Apple sendiri? 


aku dengar ramai yang komen pasal penipuan urusan jual beli di Lazada. memandangkan setakat ini aku tak pernah kena tipu dengan pihak Lazada, aku tak berani nak komen lebih. tapi kali ini apa yang aku lihat adalah penipuan secara terbuka oleh pihak Lazada. pihak Lazada menjual iPad Mini 16GB + WiFi pada harga RM1499, manakala pihak Apple menjual pada harga RM999. 


di laman web Apple sendiri pun, harga iPad Mini 16GB + WiFi + 4G pun berharga RM1399. so, dimana rasionalnya pihak Lazada meletak harga sehingga RM1499? harga tersebut langsung tiada dalam senarai pihak Apple.

apa yang menjadi persoalan, adakah sudah ada yang terbeli Apple iPad Mini melalui Lazada sebelum ini? jika terbeli, alangkah malangnya! rugi RM500 begitu saja. 

boleh lihat sendiri perbezaan harga yang ditawarkan berdasarkan sumber di Lazada & Apple. itu pun kalau pihak Lazada tidak buang iklan tersebut secara tiba-tiba.


2 comments:

  1. rm500 untuk tanggung kos kerugian diorg kot.. haha..

    ReplyDelete
  2. atau keuntungan diorang :p

    ReplyDelete

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com