Out There We Are One

Bila bateri kong... fulus pun melayang²...


pagi tadi lebih kurang jam 9:30 pagi aku keluar rumah untuk membeli sarapan untuk wife aku memandangkan aku kena datang pejabat untuk uruskan beberapa kerja yang belum selesai. lepas beli nasi lemak, aku singgah kedai runcit untuk beli telur.

tetiba masa aku nak start enjin kereta, hanya keluar bunyi 'ketak! ketak! ketak!' di bahagian enjin. ah sudah! aku nie bab kereta mmg zero skit. tau bawa aje. hehehe... aku call ayah aku di kampung. ayah aku cakap maybe 'bateri' problem. ayah aku tanya bila beli kereta? aku cakap ler kereta nie nak masuk 3 tahun. maybe dah sampai ajal kot bateri kereta aku tu. kebetulan, bengkel kereta betul2 sebelah kereta aku tersadai. nasib baik... kalau tak jenuh aku nak merayau cari bengkel. kebetulan jam 10 pagi, bengkel pun baru buka. 

salah sorang staff bengkel tu bawa alat untuk test bateri kereta. aku tanya, boleh tak caj bateri utk sementara waktu? tapi dia tunjukkan kat aku alat test bateri, ada angka bacaan kat situ yang aku x faham. senang citer bateri tu dah kong! dan perlu tukar bateri baru! pergh! nak tunggu gaji minggu depan. takkan nak biar kereta aku kat sini. dah ler tu satu2 nya transport aku ke opis slps motor aku tenat di wad kecemasan :p

nak tak nak kena tukar bateri gak. harga bateri basah lebih kurang rm150, manakala bateri kering harga rm200. tengok tempat gak & tengok brand bateri. bateri lama jual balik kat kedai dalam rm10. aku pakai duit 'kolagen' dulu. dapat gaji aku ganti balik. duit 'kolagen' tu duit keuntungan buat biz rumpai laut ngan wife aku. kereta aku nie pakai bateri kering. tapi apek tu cadangkan supaya tukar bateri basah coz lagi OK. bab nie pun aku blur gak. tapi paham sikit2 la. yang penting kena sentiasa alert ngan air bateri. bila aku gugel pasal bateri kereta nie, majoriti memilih bateri basah. hanya pakar saja yang tau. yang x tau mcm aku nie, follow aje ler yg pakar :p hihihi...

selain tu, apek tu pesan kat aku, kalau nak tukar minyak hitam, better tukar yang 5k punya. jangan 10k. bukan tak bagus atau tak OK. cuma bila pakai minyak hitam yang 5k, kita akan kerap servis. bila kerap servis, kereta akan OK. kalau dia tipu aku, aku tipu korang la :)) wakaka... tapi kalo ikut logik, betul gak ckp nyer tu :D

sebelum aku blk, aku tanya pasal bateri kereta. betul ke kena tukar tiap2 tahun? dia cakap, sape ckp kena tukar tiap2 tahun? kena tukar bila dah rosak aje. cuma kita x tau bila bateri tu nak rosak kan? so... anggaran dalam setahun setengah hingga 2 tahun penggunaan, standby aje utk tukar sblm kong tetiba mcm kereta aku nie :D hihihi..

hujung bulan nie kena servis kereta lak coz masa dah time! lagi pun bulan depan family day kat perak... lepak umah adik aku. kena ler servis sblm jalan jauh. x nak aku kena tolak kete tgh2 jln. kalo motor ok lg kan :p hehehe...

2 comments:

  1. kalau org laki²
    better guna bateri basah
    cuma kena slalu tambah air
    aku slalu ujung bulan tambah air

    yg minyak 5k dgn 10k tu
    depend pada pemanduan
    kalau slalu tarvel jauh cam aku
    better ambik mnyk 10k

    kalau travel slalu dekat²
    ambik 5k, mnyk x berkeladak

    ReplyDelete
  2. jauh mn ko travel? sban ke putrajaya? naik bas aje pun :p hihihi... aku nie walaupun dkt tp ari2. lg pun kalo guna 5k, kerap servis kete... kan OK mcm tu :D

    ReplyDelete

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com