Out There We Are One

Panggilan Temu Duga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27


Alhamdulillah... yang ditunggu2 selama ini telah tiba. 7 tahun menanti akhirnya dapat juga walaupun sekadar panggilan temu duga saja. Kira OK ler tu daripada x de langsung kan. Dengar citer SPA buat temu duga besar2an. Kalau lihat pada jadual, ada 2 peringkat. Peringkat pertama mulai 2 Mei 2013 sehingga 11 Mei 2013, manakala peringkat kedua mulai 12 Mei 2013 sehingga 14 Jun 2013. Aku calon peringkat kedua. Kalau dikira balik, lebih kurang sbulan lebih sesi temu duga nie. Agak lama juga tu. Tapi tak pasti berapa ramai calon & berapa ramai pula yang diperlukan. Yang pasti persaingan amat sengit.


Awal pagi tadi aku dapat email daripada SPA berhubung jadual temu duga aku nie. Rajin sungguh staff SPA nie smpi jam 2:37 pagi hantar email kat aku. hihihi... Syukur ssgt. Bak kata orang, sebelah kaki dah melangkah masuk, tinggal lagi sebelah kaki untuk turut melangkah... insya'Allah. Banyak juga dokumen2 yang perlu aku sediakan nanti. Yang penting resume kena cantek! Memandangkan calon beribu2 orang, x de la aku nak berharap sgt walaupun mmg nak sgt jawatan nie. Kalau ada rezeki tak kemana... Amin. Aku dengar citer gak yang pengambilan ini lebih kepada calon yang ada Diploma. Betul atau tak? wallahu'alam. Kita tunggu dan lihat OK.


Aku dijadualkan pada 22 Mei 2013 (Rabu) bertempat di SPA Putrajaya. So, lebih kurang 2 minggu aje lagi. Aku dah banyak kali temu duga SPA nie, tapi jawatan PPT N27 baru pertama kali. Sejak aku berkhidmat secara tetap 7 tahun yang lalu, mmg aku sentiasa apply jawatan PPT N27 nie. Malangnya tidak memenuhi syarat. Aku tak pasti dimana silapnya. Setiap tahun aku update permohonan walaupun aku tahu ianya tidak memenuhi syarat. Tetiba tahun nie status bertukar layak! Pergh.... syukur Alhamdulillah ssgt. Tetiba terasa berbaloi aku amik Diploma dulu. Kalau dihitung balik, sudah 10 tahun Diploma aku terperap, dah macam bahan arkib kat muzium. berhabuk sudah....tapi masih bernilai OK. 

Sila klik gambar untuk buat semakan layak temu duga

Doakan kami calon2 PPT N27 agar dapat melalui sesi temu duga dengan tenang dan lancar. Agak2nya apa soklan yang akan ditanya oleh panel2 temu duga tu kan? Ada yang bgtau, ada 5 orang panel dalam 1 bilik. Tetiba goyang pulak lutut aku nie. Aku setakat nak jawab soklan, insya'Allah tiada masalah. Betul ke salah ke, yang penting cara kita menjawab setiap soalan yang dilontarkan. Tapi yang paling2 aku risau kalau kena speaking omputih! Bukan setakat goyang lutut, rasa nak tcabut aje pale lutut nie. huhuhu... aku ngaku mmg failed ckp omputih nie. Kadang2 paham la skit2 bila org ckp omputih. Cuma bila nak speaking balik... kelu lidah untuk berkata2. hahaha....

Doa menghadiri Temu Duga - Dibaca sebanyak 25 kali. Mulakan dengan Bismillah...

11 comments:

  1. dpt kat putrajaya eh? nnt share2 la info...huhu

    ReplyDelete
  2. hai, i ni tgh cari2 tips cth soalan ni.. i pun kena panggil tapi i temuduga di wisma negeri sembilan . tarikh i 16/5 ni.. i up sethun dari u .. 8 thn menunggu..

    - Mr.J

    ReplyDelete
  3. askum...same2 kita berdoa moga Allah permudah kan segala urusan temuduga nanti, sy pun macm saudara juga,cuma sy 23/5/13...sehari lewat...apa2 pun InsyaAllah kita boleh hadapi semau tu nanti..

    ReplyDelete
  4. wahhh..sama la kite.. sya 31/5/2013 di danga bay,JB.. nanti sharing2 la ye :-)

    ReplyDelete
  5. Sya da siap teview 8mei,alhamdulillah,lega

    ReplyDelete
  6. saya dah pergi interview neh mggu lepas..first..kite kena perkenalkan diri..lepas tue soalan berkaitan dgn pngalaman kerja kite skrg, kenapa kite minta jawatan pen.pegawai tadbir,last sekali isu2x semasa..kena bnyk baca paper laa..kalau sesiapa yg ada ijazah,ada juga soalan berkaitan dgn subjek yg diambil masa dekat universiti dulu..itu jer pengalaman yg dpt dikongsi bersama..soalan semua dalam bahasa melayu tp bergantung juga kpd si penemuduga.. :)

    ReplyDelete
  7. ada juga soklan dalam bahasa inggeris. ada yang sepenuhnya dalam bahasa inggeris. ada yang separuh inggeris, separuh melayu. depend pada panel penemuduga. sminggu aje lagi. lutut dah goyang :)) hahaha... bukan risau x dapat jawab, tapi lebih risau bila kena speaking! Oh My English!

    ReplyDelete
  8. Salam, sama dengan saya.. temuduga tempat sama... cuma tarikhnya 16 Mei..gud luck..

    ReplyDelete
  9. bagi yang dah melalui inteview tu awak dpt lembaga pengerusi bap ye..apa soalan2 yan ditanya.tq for sharing

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum.. saya pun dah lepas..
    saya kena soal.. CTI PCI, landasan kerjaya, fail meja, self introduction in english, pekeliling, nama ksn dan kppa..
    good luck yer..

    ReplyDelete

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com