Out There We Are One

@AirAsia mengaibkan pengguna? Apa respon @TonyFernandes & @AireenOmar selaku orang kuat #AirAsia?


Saya telah membuat aduan pada 19/5/2013 di e-form AirAsia (Case Number : CAS-3654584-L5Y3WG) tetapi tidak mendapat apa-apa balasan daripada AirAsia. Ini adalah mengenai ketidak adilan AirAsia dengan tidak membenarkan isteri saya menaiki penerbangan dan membatalkan penerbangan saya, isteri saya dan ibu mentua saya setelah kami mendaftar masuk tanpa sebab yang kukuh.

Saya tidak berpuas hati kerana AirAsia kerana telah membatalkan penerbangan asal saya tanpa sebab yang manusabah sedangkan saya telah mengikut syarat yang dikeluarkan oleh mereka. Dimana pada syarat mereka telah menyatakan bahawa kandungan ibu 28-34 minggu harus mempunyai surat doktor sedangkan saya telah menunjukkan surat doktor daripada klinik kerajaan dan pada syarat mereka hanya menyatakan kandungan 35 minggu dan keatas tidak boleh menaiki penerbangan. Ini menunjukkan kakitangan AirAsia sendiri tidak faham akan syarat mereka.


Mereka telah menyusahkan pengguna seperti saya dimana saya dan keluarga saya terpaksa pergi mencari klinik swasta untuk mendapatkan mendapatkan surat pengesahan doktor yang lain. Doktor daripada klinik swasta tersebut juga hairan dengan tindakan kakitangan AirAsia tersebut sedangkan surat daripada klinik kerajaan telah diberikan.

Selepas mendapatkan surat pengesahan daripada klinik swasta dan ditunjukkan kepada kakitangan AirAsia yang sama baru mereka membenarkan kami menaiki penerbangan. AirAsia juga mengenakan yuran pengurusan RM100 setiap orang bagi penerbangan yang baru sedangkan mereka tidak sedar kesilapan yang dibuat adalah dari pihak mereka.

Di sini saya ingin menyatakan AirAsia telah menyusahkan pengguna seperti saya, lebih-lebih lagi kepada kepada isteri saya dan ibu mentua saya di mana mereka adalah seorang wanita yang tengah sarat mengandung dan seorang orang tua yang telah berpencen.

Apakah sebab-sebab kukuh AirAsia tidak membenarkan isteri saya menaiki penerbangan sedangkan sudah ditunjukkan surat daripda Doktor klinik kerajaan? Pihak AirAsia telah menyusahkan kami sebagai pengguna sedangkan dokumen yang diperlukan telah ditunjukkan. Apa yang membezakan surat daripada klinik kerajaan dengan klinik swasta?

Bayangkan seorang ibu mengandung terpaksa bersama saya mencari klinik yang berdekatan dengan lcct, di mana klinik Pusrawi yang berdekatan dengan lcct dan Bank Maybank pada masa itu tutup, klinik di kawasan Bandar Salak pun tutup dan hanya menjumpai klinik di Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan.

Di sini saya mahu mendapatkan keadilan sebagai pengguna dan AirAsia harus dikenakan tindakan yang berat dan sewajarnya. Mohon nasihat dan tindakan daripada agensi yang bertanggungjawab.

By: Rickz

sumber: AduanRakyat

Apa kata aku:
"AirAsia memang bermasalah terutama bahagian perkhidmatan pelanggan. Terpaksa layan suara mesin dan dalam masa yang sama banyak duit ditelan sementara menunggu panggilan disambung kepada Pegawai Khidmat Pelanggan yang bertugas. Bayangkan hampir RM2 caj yang dikenakan untuk seminit? Mengenai harga tiket, walaupun harga tambang agak 'murah', tapi caj² lain yang dikenakan agak tinggi." 

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com