Out There We Are One

#CutiKeibubapaan @NajibRazak @KPWKM Contohi Kerajaan Sweden yang memberi Cuti Bersalin 16 bulan, elaun bulanan RM400 & perubatan percuma!


SETUJU 100%! banyak² berita dalam paper, yang ini paling aku suka. Sudahlah cuti lama sehingga setahun 4 bulan, dapat pula elaun sebanyak RM400. Sungguh bertuah ibubapa dan bayi yang baru lahir tersebut. Jauh berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia dimana cuti bersalin diantara 60 hari sehingga 90 hari saja untuk isteri, manakala suami diberi cuti 7 hari saja. Kalau tak cukup 2-3 bulan, terpaksa ambil Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji). Kesian kan?


Baru 2-3 bulan nak kenal ibubapa, terpaksa bpisah sementara kerana tuntutan kerja. Lebih kurang 10 jam, anak bermesra dengan pengasuh. Manakala dalam tempoh 6 jam, baru dapat bmesra dengan ibubapa. Itu pun kadangkala penat selepas hampir 10 jam bekerja. Nasib baik hujung minggu boleh meluangkan sepenuh masa dengan anak². Itu pun bukan setiap hujung minggu ‘free’. Mana ler tahu kena overtime ke ape ke kan kan kan.

Berbalik kepada cuti bersalin di Sweden atau lebih dikenali sebagai Cuti Keibubapaan, untuk tempoh 16 bulan itu boleh dibahagi-bahagi antara suami dan isteri. Ini bermakna, isteri boleh ambil cuti 8 bulan, manakala suami habiskan baki cuti 8 bulan, atau ikut suka hati asalkan tidak melebihi 16 bulan. Tapi bukanlah cuti selang seli, bulan ini isteri cuti, bulan depan suami cuti. Kenalah ambil cuti berturut².



“Kami mengambil cuti kira-kira 16 bulan. Isteri ambil 10 bulan manakala cuti selebihnya saya ambil semata-mata untuk menjaga Liv. Sepanjang tempoh itu, naluri sebagai bapa semakin menebal, malah saya amat terharu kerana menyaksikan sendiri bagaimana bayi membesar bermula pada peringkat pertama meniarap, merangkak seterusnya berjalan.”


Nampak tak kat situ? Sebagai ibubapa mesti perasaan seronok berganda² bila melihat sendiri perkembangan pembesaran anak² depan mata. Dari usia sehari sehinggalah usia setahun 4 bulan.

Aku sendiri tak pasti sama ada Kerajaan Malaysia mampu buat seperti ini. Mesti ada saja alasan terutama dari segi tuntutan kerja dan juga kekangan kewangan. Majikan nak bagi cuti ke kalau sampai 480 hari? Silap hari bulan, tiada pengambilan pekerjaan untuk wanita. Kalau mereka (Sweden) boleh buat, kenapa kita (Malaysia) tak boleh buat?  Tapi aku tetap mengharapkan agar pak menteri dapat celik mata dengan isu ini. Selaras dengan Gerakan 1Malaysia Family First (1MF1st) yang diwujudkan untuk membina keluarga sejahtera , sihat dan resilien dan berperibadi mulia sebagai asas kestabilan sosial.

Amacam? Korang setuju tak kalo Kerajaan Malaysia beri cuti bersalin selama 480 hari / 16 bulan / setahun 4 bulan? Lepas tu dapat elaun bulanan RM400 dan juga rawatan perubatan percuma untuk bayi? Nak tak? Bak kata Chef Ammar, "Suka tak! Suka tak! Suka tak!" hehehe...

#TahukahAnda Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia disambut pada bulan November setiap tahun! So, silalah rancang family day untuk diraikan selepas raya nanti OK!

sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com