Out There We Are One

Nikmat jatuh terlentang di lantai marmar yang basah

1 set kepala paip berharga RM25

ptg smlm aku cari kepala paip bkembar coz nak pasang kat sinki aku, serentak dgn mesin basuh. 2 dlm 1 memandangkan x byk space utk aku letak mesin basuh. tuan rumah suruh letak luar. x de maknanya aku nak letak luar. kalo hilang sape nak ganti? aku letak aje dlm umah sblh sinki. hohoho

mlm td aku cuba pasang pale paip yg aku baru beli tu. sblm tu aku tutup air kat luar. kang x pasal² menyembur lak air ms aku buka kat sinki. lepas aku bhempas pulas pasang kepala paip, aku pun ke luar rumah utk buka balik air. dari jauh aku dah dgr bunyi air menyembur. ah sudah! bala nie..

tanpa fikir panjang, aku pun terus meluru masuk blk dlm rumah smbl memecut. dr jauh aku nampak, hos getah yg bsambung kat paip dah mcm naga sembur api daa... abis banjir dapur aku!!!

aku sedar dapur aku banjir ms aku dah tlentang bawah sinki. pergh! nikmat giler bila sedang kusyuk blari tetiba gedegang!!! aku tgelincir jatuh tlentang dan terus hentam sinki. aku smpt tahan guna siku. kalo x, kompem kepala aku yg thentak kuat kat lantai. tu pun sakit dow! ms aku dlm keadaan tlentang, aku nampak ext plug kat lantai. nie kalo tetiba air sembur dlm tu ade yg mati karan aku sorang² rumah nie. aku tgk suis atas yg samb ngan ext plug tu on lak. terus aku bgn cepat² dan tutup suis dan tutup paip. Alhamdulillah... hidup lagi budak botak nie. huhuhu...
dah siap pasang. abaikan cadar kat tingkap sinki tu coz x de bajet lagi nak beli langsir. hihihi...

tetiba aku teringat kejadian 21 tahun yang lalu. ms tu aku darjah enam (nasib tak jahanam). org kata belum cuba belum tahu. ms tu kat dapur. aku nampak rice cooker yg masih on sbb masak nasi. kabel rice cooker tu dah koyak skit mcm kena geget tikus. ntah mcm mn tgn aku leh gatal nak pegang coz nak rasa karan. amik kau, betul² aku kena karan. tgn aku dah genggam erat kabel yg tkoyak tu. x leh nak buka. jadi patung seketika sblm tumbang ke lantai dapur. nasib baik aku tumbang, kalo x aku dah jd patung model rice cooker yg hangus. 

ada skali tu masa main papan gelungsur yg jenis kayu tu. papan tu dah tbelah dua. ms aku nak turun, adik aku letak kayu tajam kat tengah². aku dah nampak kayu tu, tapi still nak turun. konon² nak tau ape akan tjadi. taraaaaaa.... magik! kayu tu hilang! pastu adik aku ckp, "along, ada kayu kat bontot." mula² cool, pastu melalak x ingat! satu flat dgr. time tu aku kecik lagi. darjah 2 kot. dlm keadaan kayu yg menusuk ke bontot, aku lari dapatkan ayah. p hospital kena operate. sminggu aku tido meniarap. padan muka aku kan!

x serik lagi? sblm aku naik basikal, aku letak magnet kat spocket rantai basikal. ms dok mengayuh, tgn aku slamba meraba² kat rantai nak amik magnet kat spocket tu. ggggrap! amik kau! spocket yg bgigi tu tembus jari aku! aku reverse balik basikal dan cabut jari aku yg dah tmasuk dlm rantai. kuku sudah hancur wooo... aku x nangis time tu. kuat harimau. terus g sinki buka air laju² tala kat jari yg dah blubang skit tu. nikmat wei kena air. abis merah bdarah sinki. g skolah jari berbalut. jari tengah lak tu. mmg dah mcm tanda f**k sbb 4 jari aje leh genggam. jari tengah lurus aje x leh bengkok. huhuhu....

smpi skrg masih ade parut kat bontot aku. begitu gak dgn jari tengah aku. masih ada kesan lubang. hohoho... kecik² mmg nakal skit. dah beso nie aje jd budak baik. baik la sgt. 

ayah aku ckp, aku nie kalo dah nak, mesti nak punya. tapi yg betul² nak la. mcm nak rasa karan tu. kalo korang x pernah kena karan, korang try masuk gameshow Betul ke Bohong? wakaka... tp tu karan skit aje. nak karan byk, try mcm aku. hohoho...

sebut pasal karan nie, nasihat aku... kalo nak on off suis pastikan tgn korang dlm keadaan tbalik. contohnya kalo nak buka mn² suis, aku lebih suka tekan guna blkg jari drpd tekan guna hujung jari. risau kalo kena karan, tgn melekap terus. huhuhu...

yang penting, kalo x ready amik risiko, jgn buat kerja gila. hehehe... berbalik kpd insiden aku jatuh tlentang tu, aku cari minyak gamat nak sapu tp x de lak. yg ade minyak yuyi aje utk baby. bapak budak ke baby ke sm aje coz aku x de rambut mcm baby. wakaka...mn nak cari minyak urut mlm2 kan. minyak masak ade lagi sbotol. kang ada pulak yg suruh aku masuk dlm kuali panas. lawak kejam! huhuhu...

pagi nie bila aku bangun, sakit satu badan. siku aku dah kebiruan. leher aku dah mcm kena lock lak. bahu ada sengal skit. blkg badan pun rasa bisa coz hempasan kuat ke lantai ms jatuh tlentang mlm td. kepala aku ok, cuma kadang2 rasa mcm ade gempa bumi lak.
macam nak kena urut aje. macam nak kena urut aje.

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com