Out There We Are One

Disarankan PM @NajibRazak seragamkan hari bekerja Ahad - Khamis untuk semua negeri.


“Jika kita perhatikan pada masa ini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Pada waktu khutbah Jumaat pula sering dijadikan waktu untuk berehat dan tidur. Dan selepas selesai solat mereka bergegas meninggalkan masjid sehingga tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa dan mengaminkannya. Kita semua sedia maklum bahawa di Malaysia ini masih ada beberapa buah negeri yang mengamalkan cuti hari Jumaat. Yang diamalkan cuti hari Jumaat negeri Johor juga telah mengamalkannya sebelum ini. Oleh yang demikian setelah dinilai banyak pandangan saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.” - Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (22 November 2013)

Alhamdulillah! Akhirnya Johor kembali cuti minggu pada hari Jumaat & Sabtu mulai 1 Januari 2014. Terima kasih DYMM Sultan Johor yang berkenan untuk mengembalikan semula cuti tersebut yang pernah dibuat sebelum tahun 1994 (kalau tak silap).

Setakat ini, cuma negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah saja yang melaksanakan cuti minggu Jumaat & Sabtu. Actually, aku setuju & sokong 100% pelaksanaan cuti minggu ini, terutama hari Jumaat... Penghulu Segala Hari.

Sekurang²nya, kaum Adam sempat mandi sunat hari Jumaat sebelum melangkah kaki ke masjid untuk mengerjakan Solat Jumaat. Dapat pahala. Selain itu, tiada alasan untuk 'tertidur' ketika mendengar khutbah solat Jumaat. Pahala lagi. Selepas imam memberi salam, tak perlu kelam kabut start enjin. Boleh temankan imam mengaminkan doa² sehingga selesai dan bsalaman dengan imam & jemaah yang lain. Dan pahala lagi. Nampak tak berapa banyak pahala boleh kumpul disebabkan kita memberi penghormatan kepada Penghulu Segala Hari?

Sebagai umat Islam, jangan pula kita mempertikaikan kenapa perlu cuti hari Jumaat. Syukur Alhamdulillah. Mungkin agak sukar untuk berurusan apabila waktu kerja/cuti tidak sama di kebanyakkan negeri, terutama di Putrajaya yang menjadi pusat rujukan bagi segala urusan negeri² lain. Memandangkan cuti ini dibawah tanggungjawab negeri masing², mungkin PM boleh memanggil semua MB² dan juga KM² untuk duduk berbincang berhubung penyeragaman cuti minggu Jumaat & Sabtu secara keseluruhan.

Tetapi, buat masa ini, selesaikan segala urusan kerja pada hari Isnin - Khamis, dimana semua negeri bekerja pada hari tersebut. Kalau dah tau, sesetengah negeri cuti hari Jumaat dan juga Ahad, jangan pula kita tunggu hari tersebut baru sibuk nak buat kerja. Gunakan apa yang ada, jangan cari yang tiada. Betul tak?

Lebih kurang 5 kali Jumaat sebelum rakyat Johor dapat menikmati cuti minggu secara rasminya. Aku sendiri tak sabar walaupun buat masa ini agar sukar memandangkan wife aku masih bekerja di Putrajaya. Dengan hari bekerja/cuti tidak sama, kemungkinan perlu ambil cuti rehat jika nak berjumpa tak kira sama ada aku turun sana, atau dia turun sini. Maklumlah, tahun depan cuma hari Sabtu saja yang sama² cuti. Agak padat dan kelam kabut. Buat masa sekarang, dia masih bercuti di Tawau, Sabah. Saja aku suruh dia balik kampung sebab tau dia bosan duduk seorang diri. Kebetulan adik dia dapat masuk Politeknik Sandakan, Sabah. Bolehlah dia uruskan segala. Aku macam biasa. Pandai²lah nak hidup. Rasanya dah sebulan tak jumpa. Maybe lebih.

Minggu depan, 30.11.2013 ada family day di Melaka. Aku dan adik² aku pakat nak celebrate Ulangtahun Perkahwinan mak ayah aku yang ke 34 tahun. Lepak homestay dan mandi manda di A Famosa Theme Park. Kebetulan semua free, memang best bila semua ahli keluarga dapat berkumpul. Jumaat malam aku pick up wife aku di Putrajaya sebelum bertolak ke Melaka pada Sabtu pagi.





No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com