Out There We Are One

Mungkin ada rezeki aku di tahun 2014 ... insya`Allah

Al Fatihah... maafkan Abi. maafkan Umi.

mungkin masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2014. pejam celik pejam celik, dah setahun berlalu. ini merupakan entry aku yang pertama untuk tahun ini. actually banyak entry aku yang ter KIV dek kesibukan aku di penghujung tahun 2013. dalam tempoh sbulan aje, hampir 4-5 kali aku outstation. seronok memang seronok. tapi penat. cuma yang tak berapa seronok bila kerja tertangguh. tak cukup rehat lagi, esok aku dah sibuk lagi. tadi pun dah maghrib baru dapat balik. permulaan tahun 2014 yang agak OK. insya'Allah. 2013... terlalu banyak kenangan terindah buat aku. walau pun masa terlalu mencemburui, tapi aku cuba sedaya upaya untuk menghargai setiap saat yang ada. umpama di medan perang, berjuang hingga ke titisan darah terakhir. orang kata dah konpem kalah, kenapa nak teruskan perjuangan? sekurang2nya tidak menyerah sebelum kalah. walau pun dikatakan membuang masa... membazir masa, bagi aku... apa yang kita buat adalah suatu kepuasan. kepuasan yang orang lain sukar untuk merasainya jika tak melaluinya. mungkin suatu hari nanti akan ada yang memahami kenapa hati ini terlalu degil. hehehe... tutup buku lama, buka buku baru. tapi buku lama simpan diam-diam, dalam-dalam.
entry aku kali ini mengenai rezeki. maksud aku rezeki zuriat. aku pasti majoriti masih belum tahu perkara sebenar. ini kerana mmg aku sendiri cuba rahsiakan perkara ini daripada pengetahuan sesiapa. maybe aku tak ready nak bgtau lg. 

yang sebenarnya, sudah 3 bulan aku kehilangan zuriat dek keguguran yang dialami oleh wife aku. spanjang tempoh itu juga aku terpaksa berbohong setiap kali kengkawan tanya pasal baby. adakalanya aku cuma jawab OK. adakalanya aku cuba tukar topik. dan bila jumpa kengkawan, aku hanya mampu tersenyum. bila ada sesiapa cuba tanya direct, aku bjenaka, aku ketawa, aku tukar topik. tak semudah itu.

kalau nak diceritakan secara detail, agak panjang. konpem bjela2 aku taip. secara ringkasnya, aku dapat tau wife aku hamil 2 bulan. serius terkejut sebab tetiba dah 2 bulan. almaklumlah, dah setahun lebih kawen. so, tak jangka ler. bila dapat tau usia kandungan 2 bulan, aku rasa tak sedap hati. ini kerana dlm tempoh 2 bulan wife aku makan mcm2, buat xtvt mcm2 termasuk wat keje berat skit. lg pun ini kali pertama & x de pengalaman langsung. adakalanya aku jadi blur. 

bila buat medical check-up pertama kali di klinik gomen, doktor sarankan supaya kandungan digugurkan. katanya tiada nadi, saiz tak sebesar 2-3 bulan. dalam masa yang sama doktor suruh tunggu dulu coz nak tengok jika ada perubahan. bminggu2 juga KIV. kali terakhir saiz semakin mengecut dan kecil. akhirnya doktor suruh buat proses 'cuci'. 

memandangkan macam leceh nak buat di Putrajaya coz terlalu banyak birokrasi, aku ambil keputusan untuk bawa wife aku ke Johor. sebelum ke Johor, wife aku dah pun keguguran sedikit demi sedikit hingga keluar ketulan daging dipercayai janin. selepas basuh & balut dengan kain putih, kami segera pulang ke Johor.

sekali lagi aku membersihkan janin tersebut memandangkan masih ada kesan darah lagi. tanpa membuang masa, aku ambil cangkul dan mula mgali tanah depan rumah dan terus kebumikan janin tersebut. korang boleh tengok beberapa keping gambar yang sempat disnap seperti yang aku letak di atas sebelum entry. 

hampir 2-3 minggu juga wife aku bpantang di Johor. sebelum itu, proses 'cuci' sangat-sangat menyakitkan. cuma mereka yang pernah keguguran saja tahu betapa sakitnya bila dicuci. apa yang boleh aku katakan, ianya lebih sakit daripada bersalin. tapi kena berpantang sama seperti orang bersalin. makan minum kena jaga. 


orang kata "Experience is Best Teacher". pergh... speaking london gitu! hahaha... x pe la, maybe ada sebab kenapa Dia x nak beri lagi rezeki. fikir secara positif. maybe rezeki lagi besar. maybe. insyaAllah. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. semoga 2014 ini memberi rezeki yang melimpah ruah. bukan pada aku, tapi kepada semua termasuk yang sedang membaca blog aku ini. mudah2an. insyaAllah.

kepada mereka2 yang baru tahu mengenai perkara ini, aku menyusun 10 jari mohon maaf kerana merahsiakan berita buruk ini daripada pengetahuan korang semua terutama rakan2 pejabat lama dan juga rakan2 alam maya. famili aku sendiri pun last minute aku bagitau. btw, doakan yang terbaik buat kami. 

bab kata Nora Danish, "KITA ENJOY". hihihi... kalau tak gembira, kita buat2lah gembira supaya orang  lain gembira melihat kita gembira walau hakikatnya kita derita. atau pun, kita cuba buat orang gembira kerana kita sendiri akan rasa gembira bila melihat orang lain gembira. walau gembira mana skalipun kita, walau bahagia mana skalipun kita. hati tidak mampu menipu kita. adakalanya kita terpaksa menjadi hipokrit demi kebahagian orang lain. senyumlah... senyumlah... ahai cek mek molek... (bayangkan anda M Daud Kilau yg sedang bgelek2).

2013... pasti rindu. terlalu rindu. amat rindu. rindu serindu-rindunya.

2014... jeling-jeling. kenyit mata. jangan sampai kening ada vibrat OK. 

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com