Out There We Are One

Rindu pada yang telah tiada. #alFatihah


sebulan yang lalu, kaki ini terlalu lemah untuk melangkah walau setapak. kaku seketika melihat sekujur tubuh menutupi wajah, yang dulu memanggil aku along. tiada lagi suara kedengaran. hanyalah jasad tak bernyawa. separuh jiwaku pergi entah ke mana. aku lemah, aku tumbang, aku tersungkur. berpaut pada insan yang tidak pernah jemu menjaga jasad itu sehingga ke hembusan nafas terakhir. menyambutku dengan pelukan erat tatkala aku terlalu lemah untuk berdiri.

sehingga saat ini aku masih menangis. sampai bila. aku tak pasti. aku redha. tapi hati ini terlalu rindu. rindu pada yang telah tiada. 

mak.
along rindu mak.
along rindu senyuman mak.
along rindu gelak tawa mak.
along rindu bergurau dengan mak.
along rindu loyar buruk dengan mak.
along rindu salam cium tangan mak.
along rindu pelukan mak.
along rindu bawa mak jalan².
along rindu tengok mak layan tv waktu ini.
along rindu nak raya sama² dengan mak.
along rindu nak sambut hari jadi mak.
along rindu nak rai ulangtahun mak dan ayah.
along terlalu rindukan mak. 

mak.
along nampak mata ayah berair.
ayah nangis macam along.
along dengar sayup² dalam bilik.
bilik dimana tempat ayah jaga mak dulu.
bilik dimana ayah setia temani mak.
bilik dimana ayah sabar melayan karenah mak.

mak.
along tau ayah rindu mak.
dulu, sikit² mak panggil ayah.
nak itu nak ini, mak panggil ayah.
mana ada panggil kami.
kesian kami macam tunggul.
ayah. ayah. ayah. mak asyik nak ayah aje.

mak.
siapa nak panggil ayah sekarang?
ayah sunyi. 
ayah dah biasa layan mak.
kesian ayah.
panggilan 'abang' tiada lagi.
nak masak pun ayah tiada mood sangat.
mesti ayah rindu nak dengar bunyi loceng mak.
kalau mak panggil ayah tak dengar, mesti tekan loceng kan.
ayah dah biasa jaga mak sakit.
ayah dah biasa dengan mak.
tak pernah berenggang.

mak.
35 tahun ayah tak pernah berenggang dengan mak.
separuh daripada tempoh tu, ayah jaga mak sakit.
kalau along sedih, ayah lagi sedih.
kalau along menangis, ayah lagi menangis.
ayah nampak rock dengan rambut panjang.
tapi dalam hati ada taman.
cuba bayangkan along yang tak berapa nak ada rambut.
entah berapa banyak taman dalam hati.

mak.
maafkan along kerana masih menangisi pemergian mak.
along sayang mak. 
tapi along sedar, Allah SWT lagi sayang mak kan.
memang along sedih sesangat.
tapi along gembira sebab penderitaan mak berbelas tahun berakhir dengan begitu tenang sekali.
Alhamdulillah.

mak.
along perasan mak nangis masa along lap badan mak buat kali terakhir. 
along tak tau kenapa mak nangis masa tu.
maybe mak nak bagitau yang mak dah nak pergi kan?
3 hari selepas tu, along perasan lagi mak mungkin nangis sebelum menghembus nafas terakhir.
mata mak berair ketika jasad tidak bernyawa.
maybe mak bersungguh² nak bagitau yang mak dah nak pergi.
tapi apakan daya.
mak koma waktu itu. hanya gerakan mata sebagai respon.

mak.
along redha pemergian mak.
sebagaimana ayah izinkan mak pergi tinggalkan ayah.
separuh jiwa ayah pergi bersama mak.
yang tinggal hanyalah kenangan.

mak.
along janji akan jaga ayah bersama² dgn angah, uda, achik & adeq.
sesiapa yang sakitkan hati ayah, umpama menyakiti hati anak² mak semua.

mak.
mesti mak seronok bila anak² mak semua mandikan mak.
mesti mak gembira bila anak² mak semua pakaikan mak.
mesti mak bahagia bila anak² mak semua sembahyangkan mak.
mesti mak teruja bila anak² mak semua bawa ke rumah baru mak.

mak.
jangan nakal² di rumah baru tau.
tunggu kami di pintu syurga.
tidurlah dengan lena.
moga tenang disana.

mak.
rindunya memanggil mak di rumah ini.

Ya Allah.
berikan ayah aku kekuatan.
berikan kami ketabahan.
untuk meneruskan kehidupan.
di dunia yang hanya pinjaman.

Ya Allah.
ampuni dosa² ibubapaku.
tempatkan mereka di kalangan kekasihMu.

ayah.
jangan bersedih.
jangan menangis.

terima kasih ayah.
kerana setia temani emak di sisi.
hingga nafas yang terakhir.

terima kasih Allah SWT.
kerana menyayangi insan yang aku sayang.
jagalah dia. peliharalah dia.

angah. uda. achik. adeq.
ayahlah ibu. ayahlah bapa.

jangan lupa sedekahkan al fatihah.
jangan lupa bacakan yassin.
buat mak tersayang.
agar tenang bersemadi.

mak.
terima kasih kerana jadi mak kami.
terima kasih kerana membesarkan kami.
terima kasih kerana sentiasa menjadi bidadari dihati kami.


No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com