Out There We Are One

Selamat Hari Ibu

Chocolate Indulgence... kek feveret aku.

sudah lama aku tak update blog sejak arwah bonda pergi tinggalkan kami selama²nya. walau pun sudah hampir 8 bulan, perasaan rindu bercampur sedih masih ada. perasaan itu mengatasi segala perasaan yang ada. adakalanya seperti tiada perasaan.

selepas raya aidilfitri & aidiladha, dan hari ini adalah hari kelahiranku. sekali lagi tanpa arwah bonda disisi. 34 tahun yang lalu, buat pertama kali arwah bonda menjadi seorang wanita yang bergelar IBU. Selamat Hari Ibu wahai bondaku sayang. bagi aku hari ibu adalah disaat mereka melahirkan kita. disaat mereka bertarung nyawa demi sebuah nyawa. semoga tenang bersemadi di sana... alFatihah.

bulan nie dapat quota tambahan 500MB! tQ +yes4g 

saat ini aku berada jauh di Sabah. sudah hampir 2 minggu aku bercuti di sini, kampung mertuaku. saja nak release tension. sejak kebelakangan nie agak stress di opis melayan karenah² "menteri²" yang perasan ada "kuasa". sblm aku meletup, baik aku blah.

kat sini pun aku makan tido aje. aku pasti berat badan aku makin bertambah memandangkan mak mertua aku mmg suka masak. aku pun suka makan tanpa henti. tapi bapak mertua aku pagi² mesti makan nasi berlauk... itu aku surrender! tapi kalo time makan, paling banyak pun 4 kali aku tambah nasi. tak pe la, kat sini kaya dengan makanan. 2 minggu aje. rezeki jangan ditolak. balik semenanjung diet puas² smbl bjimat cermat. almaklumlah, duit minyak petrol naik. tak lama lagi harga barang pun akan naik. sebelum GST berkuatkuasa, mesti peniaga akan cover %10 yang bakal ghaib dek GST tu. sebelum nie kan 16%. lepas GST tinggal 6% aje. layan aje ler. cuma gaji aje tak naik². sabo aje la kan. nak komen lebih², nanti dituduh tak bersyukur pula. padahal kita komen bagi pihak yang tak bernasib baik seperti kita, yang gaji rendah daripada kita, yang rumah kecil daripada kita, yang terpaksa berlapar daripada kita. pendek kata yang serba kekurangan daripada kita. kalau kita tak fikirkan mereka, tiada beza antara kita dengan orang atasan yang tak ambil peduli dengan orang bawahan. bukan komplen, tapi ambil peduli. jadilah masyarakat yang sentiasa jaga tepi kain orang. bukan nak menyibuk, tapi ambil peduli. jangan kerana dah selesa dengan hidup kita, gaji besar, rumah besar, kereta besar... kita terpaksa butakan mata, pekakkan telinga & bisukan mulut. jika tak nak ambil peduli, lebih baik duduk dalam gua. biarkan mereka kelaparan & mati kebuluran. begitu? pernah kena marah dengan mak, ayah atau cikgu mahu pun boss? adakah itu tanda mereka benci kita ke? agak² di mana kita akan berdiri sekarang jika mereka tak ambil peduli? renung²kan & selamat beramal!

awal bulan depan adalah ulangtahun ayah aku & hujung bulan depan pula adalah ulangtahun perkahwinan ayah & arwah bonda yang ke 35 tahun. aku pasti ayah lebih merasai kehilangan dan kesedihan berbanding aku sendiri.

hidup mesti diteruskan. dan aku masih cuba untuk terus hidup. setiap kenangan manis mahu pun pahit pasti ada parutnya. terpulang pada kita bagaimana untuk menghargainya atau mencacinya. yang penting, bersihkan hati & sentiasa menjadi pemaaf walau pun diri ini sukar untuk dimaafkan.

selamat ulangtahun kelahiran buatku. tiada apa² yang aku harapkan selain ketenangan buat arwah bonda di sana. aku pasti menyusul. suatu hari nanti. itu pasti.

lepak² di rumah mertua. pemandangan dari atas di beranda. hijau pemandangan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com