Out There We Are One

Wajarkah gaji suami dipotong 10% sebagai nafkah isteri?

"KUALA LUMPUR 29 Nov. – Kerajaan disaran memperkenalkan satu peruntukan khas sama seperti Peruntukan Paksa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan mengenakan potongan gaji sebanyak 10 peratus kepada setiap kakitangan kerajaan yang akan dikreditkan terus ke akaun bank isteri mereka. 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, cadangan mewujudkan peruntukan tersebut bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga kakitangan awam selain membela nasib wanita yang tidak mendapat nafkah sewajarnya daripada suami." SUMBER


Abaikan Kerajaan jika anda benci. Abaikan ATM jika anda tak suka. Abaikan UMNO jika anda menyampah. Abaikan Datuk Mas Ermieyati jika anda meluat. Tapi tolong fokus kepada isu paling penting, iaitu Nafkah. Ini bukan isu politik. Ini melibatkan isu agama. Ia adalah kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri. Peruntukan Paksa ATM telah diperkenalkan pada tahun 1975 dan ditambahbaik pada 1 Oktober 2009.

Berbalik kepada isu potongan gaji suami 10% kepada isteri. Sebagai contoh. Jika gaji suami sebanyak RM1000.00, potongan 10% kepada isteri adalah sebanyak RM100. Jika gaji RM2000.00, 10% adalah RM200. Jika gaji RM3000.00, 10% adalah RM300. Islam itu mudah. Tapi jangan ambil mudah dengan Islam. Allah SWT takkan menguji kita di luar kemampuan. Dia tahu setakat mana had kita. Kita takkan tahu. Cuma bila dah akhir zaman, semakin ramai manusia separa tuhan. Lagak bak malaikat.

Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu besar. Kecuali jika suami memang liat nak bagi nafkah kepada isteri. Apalah sangat 10% daripada gaji. Tak banyak mana pun sebenarnya. Jika ada rezeki lebih, boleh bagi lebih. Ikut kemampuan dan kewajaran. Jangan tak bagi langsung. Tak baik aniaya isteri sendiri. 

Secara peribadi, aku sokong 200% dengan cadangan ini agar diperkenalkan kepada semua suami walau pun isteri bekerja. InsyaAllah, rezeki kita lebih berkat. Bertambah berkat jika kita bagi ibubapa tiap² bulan disamping zakat pendapatan yang wajib itu. Jangan buat² lupa OK!


No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com