Out There We Are One

@TanSriAseh Hiburan Diutamakan, Agama Diketepikan


Benarkah program Islamik, Karnival Raudhah dibatalkan untuk memberi laluan kepada program Hiburan, Ambang 2015? Sejauh mana kebenarannya? Wallahu'alam.


Tapi jika benar, perkara ini sangat mendukacitakan. Tahun 2014 boleh dikatakan tahun malang buat rakyat Malaysia. Pelbagai tragedi berlaku sepanjang tahun ini. Yang paling tragis adalah kehilangan MH370 yang masih belum ditemui sehingga kini dan MH17 yang jatuh terhempas ditembak musuh mengorbankan semua penumpang termasuk nenek tiri Najib Razak & Hishammuddin Hussein. Selain itu, beberapa penonton maut akibat pengambilan dadah ketika menyaksikan konsert Future Music Asia Festival. Begitu juga kes penculikan di Sabah oleh pemberontak Filipina. Yang terkini adalah banjir di beberapa negeri terutama pantai timur yang hampir darurat akibat terputus hubungan darat. Itu belum kira jenayah yang kian menjadi².

Sepatutnya penutup tirai 2014 di adakan aktiviti² keagamaan memohon keampunan, perlindungan dan keberkatan dariNYA. Tapi hiburan pula yang diagung²kan demi mengaut keuntungan tanpa menghiraukan sensitivi masyarakat. Dalam keadaan bersedih dan berduka, mereka masih ada hati dan perasaan untuk berhibur?


26 Disember 2004, sejarah hitam tercipta apabila berlaku tragedi tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa di beberapa negara termasuk Malaysia. 10 tahun lalu, Dia dah bagi amaran. Nampaknya masih tidak serik². Leka, lalai dan alpa dengan duniawi. Program hiburan semakin menjadi². Program agama tidak selari.

Banjir yang berlaku sekarang ini hanyalah bala sekecil zarah dariNYA. Ia sebagai peringatan dan amaran kepada semua umat manusia. Adakah kita mahu diuji bala tsunami lagi?

Kepada pemimpin² yang diamanahkan, hormatilah mereka² yang tidak bernasib baik. Hentikanlah hiburan. Salurkan bantuan. Banyakkan program keagamaan. Jika Allah SWT hendak turunkan bala, tiada seorang pun yang terlepas. Kamu yang membuat kemungkaran, kami rakyat biasa menjadi mangsa tempias akibat kejahilan kamu yang tiada penghujungnya.


No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com