Out There We Are One

@501Awani @KemPendidikan Wajarkah pelajar bawa telefon bimbit?


Secara peribadi aku tak setuju penggunaan telefon bimbit (HP) di sekolah. Ini termasuklah segala gajet² seperti tablet. Sekolah adalah tempat untuk kita sebagai murid/pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Bukan tempat untuk leka dan lalai dengan teknologi.

Tidak membawa HP ke sekolah bukan bermakna ketinggalan zaman. Semakin maju teknologi, semakin mundur mentaliti. Adakah mereka² ini layak memimpin jika sejak dibangku sekolah sudah leka dengan gajet?

Dulu lepak dengan kawan² di kedai makan, bersembang tanpa henti. Dulu berkumpul sekeluarga, berkongsi cerita. Dulu studi group sama², bertukar pendapat fokus pada topik yang didebat. Dulu suami isteri sembang² sambil layan TV.

Sekarang lepak dengan kawan² di kedai makan, berkumpul dengan keluarga, studi group dan sembang laki bini, tapi fokus kepada HP masing². Ada yang leka main Candy Crash mahu pun Clash of Clans. Itu belum termasuk layan WhatsApp terutama group pejabat, group bekas sekolah, group kelab, group persatuan, group biznes dan macam² group. Akhirnya tiada komunikasi.

Itu yang dewasa. Bagaimana pula dengan murid² yang ilmu tak tinggi mana, baru nak kenal kehidupan, belum masuk alam kerjaya, amalan lintang pukang, TAPI dah leka dan lalai dengan gajet². Ada juga ibubapa tak kisah anak mereka seawal kurang setahun untuk "bermesra" dengan gajet tanpa memikirkan kesan negatif. Selain tak campur masyarakat, otak tak berkembang, ia juga boleh merosakkan penglihatan kerana terlalu kerap mata terdedah dengan cahaya gajet.

Masa kecil² dulu, maybe ada di antara kita pernah dimarahi ibubapa bila tengok TV secara dekat kerana risau mata rosak. Tapi sekarang, dibiarkan anak² hadap gajet depan mata. Lebih dekat daripada tengok TV.

Wajarkah murid² bawa segala jenis gajet ke sekolah? Sekali lagi, bagi aku sangat² tak wajar. Sepatutnya Kementerian Pendidikan tegas dengan isu ini. Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan anak bangsa mendapat ilmu pendidikan yang sewajarnya, mereka harus tau kesan² negatif ini. Tidak perlu dipertimbangkan semula isu ini. Tidak perlu dilayan desakan murid² mahu pun ibubapa murid itu sendiri.

Hal kecemasan menjadi alasan utama ibubapa bagi mendesak penggunaan HP di sekolah. Alasan itu bagi aku tak logik langsung. Aku pasti setiap sekolah ada menyediakan telefon. Jika ada apa² masalah atau kecemasan, guna saja telefon pejabat. Setiap sekolah wajib memberikan no telefon sekolah kepada setiap ibubapa murid² berkenaan. Jika tidak menjadi keberatan, mungkin cikgu² kelas boleh memberikan no HP kepada ibubapa murid yang diajarnya. Begitu juga dengan ibubapa yang perlu memberi no HP kepada cikgu anak mereka. Cikgu ada senarai no HP ibubapa muridnya. Ibubapa pun ada senarai no HP cikgu anak mereka. Tapi bagi aku no HP cikgu tak digalakkan kerana akan menggangu mereka mengajar. Cukuplah setakat telefon pejabat di sekolah dan juga "runner" untuk memaklumkan kepada cikgu berkenaan jika ada panggilan kecemasan daripada ibubapa murid. Paling mudah, buat pengumuman di pembesar suara.

Bagaimana pula dengan murid yang tinggal di asrama? Tinggalkan saja HP dan gajet² di asrama. Sediakan kabinet berkunci untuk setiap murid menyimpan barang² peribadi. Jangan bawa masuk HP dalam kawasan kelas/bilik darjah.

Di sekolah, biarlah murid² 100% fokus pada ilmu yang disampaikan oleh cikgu. Nak melentur buluh, biar dari rebungnya. Jangan terlambat akibat kecuaian kita sendiri dalam mengejar teknologi yang semakin maju. Biarlah anak bangsa kita mendahului teknologi. Jangan biar teknologi menguasai kita. Mahukah generasi kita menjadi hamba teknologi?

Kepada Kementerian Pendidikan, mohon halang 100% penggunaan HP di sekolah oleh murid². Lebih banyak negatif daripada positif. Sebagai golongan pendidik, mereka juga harus menunjukkan contoh kepada murid². Cikgu perlu menetapkan mood silent/vibrate pada HP apabila mengajar. Cikgu fokus mengajar, murid. fokus yang diajar.

TIDAK WAJAR 200%


No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com