Out There We Are One

Genap setahun bonda pergi



26 Februari 2014. Pejam celik pejam celik, hari ini genap setahun bonda meninggalkan kami semua. Pergi menemui Illahi. Sang Pencipta yang abadi.

Setiap saat, setiap minit, setiap hari, setiap masa, setiap waktu... sentiasa dalam hati, sentiasa dalam ingatan.

InsyaAllah, malam ini ada sedikit makan² untuk jemaah masjid disamping tahlil arwah buat bonda. Kebetulan malam jumaat. Elok sangat baca yassin berjemaah.

Ya Allah. Kau ampuni segala dosa-dosa bondaku. Kau luaskan kuburnya. Kau terangi kuburnya dengan NurMu. Kau sejahterakan rohnya. Kau jauhilah dia dari azab seksaan kuburMu. Kau lindungilah dia, Kau peliharalah dia, Kau jagalah dia. Semoga bonda tenang bersemadi di sana. Tunggu kami di pintu syurga. InsyaAllah... Amin 🙇 

Rindu Pada Yang Telah Tiada





No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com