Out There We Are One

Rindu Bonda

hari ini dalam tak sedar, sudah 2 tahun bonda pergi meninggalkan ayah dan along serta adik-adik. pergi buat selama-lamanya. pergi meninggalkan segala penderitaan dan kesakitan yang tak tertanggung selama ini.

setiap kali teringat bonda, pasti deras airmata along mengalir membasahi pipi. sedihnya hanya Tuhan saja yang tahu. sebak mengenang kembali disaat ayah terduduk menahan kesedihan. menangis, meraung disaat jasad bonda diselimuti buat tatapan terakhir kami semua.

airmata ini tidak pernah kering disaat merindui bonda. bila bersendirian di kubur bonda, tak tahan sebak didada. rindu mengusik & loyar buruk dengan bonda. sampai skrg along suka usik & loyar buruk, tapi dengan kengkawan, tmasuk pegawai & org atasan. seronok bila buat org gembira, seronok bila buat org ketawa. kadang-kala geram. walau hakikatnya hati along... gembira dalam duka.

selepas bonda pergi, along terjumpa sesuatu. sesuatu yang sudah lama tersimpan. mungkin ketika along masih kecil. mungkin ketika bonda masih sihat. satu doa, satu wasiat, satu amanat, satu pesanan... buat along.


maafkan along. along bukan anak yang baik. along bukan suami yang baik. along bukan umat yang baik. along rasa along dah gagal. along dah kecewakan bonda. along rasa tak berguna sangat.

masih belum terlewat kan?

tapi along rindu bonda. terlalu rindu bonda. ayah rindu bonda. angah rindu bonda. uda rindu bonda. achik rindu bonda. adeq rindu bonda. kami rindu bonda.

semoga bonda tenang bersemadi di sana. semoga bonda ditempatkan dikalangan mereka² yang dikasihiNYA. semoga diampunkan segala dosa bonda. semoga diluaskan kuburnya. semoga diterangi kuburnya. semoga dipermudahkan segala urusan di dalam sana. semoga dijauhkan segala azab dan seksaan kubur.

alFatihah

1 comment:

  1. Allahukbar.. Al Fatihah..

    Sedihnya baca post ni... encik byk2 bersabar yek... :'(

    ReplyDelete

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com