Out There We Are One

ZTE Blade V7 Lite


hampir 4-5 bulan aku tak update blog. sejak arwah mak takde, mood nak blogging pun tak bape nak ade. untuk 2016 nie pun baru satu entri aku buat. tu pun pasal arwah mak aku. entri kali nie adalah yg kedua bagi tempoh 6-7 bulan. takde idea nak tulis ape. kalo nak citer yg sideh², panjang bjela aku citer. sok lusa x habis. lg pun aku taknak aura negatif mengalir dlm diri aku, life aku tmasuk blog aku. biar aura positif aje aku citer. tp biar bpada² & sederhana. yg tlampau positif simpan aje dlm hati smpi mati. bukan ape, sifat manusia yg penuh hasad dengki, kadang² takleh tgk org lain senang. so, kalo rasa² tgh gembira bahagia, jgn tunjuk sgt. nanti ade yg muntah hijau. maklum ler spesis puaka mmg mcm tu. asyik sibuk hal org, hal sendiri pun tak tjaga. dengki ler tu. yg aura negatif buang jauh². takyah nak simpan, wat sakit hati. so, hari nie aku cuba melalut pape yg patut. sblm tu, sedekahkan alFatihah buat arwah bondaku.

ZTE Blade V7 Lite tajuk entri kali nie. nampak tak punya panjang mukadimah, baru nak start enjin. hehehe... cuma nak bgtau yg aku baru aje beli hp 2 hari sblm raya. kiranya hp raya la nie. actually aku tpaksa beli. aku ulang skali lagi, TERPAKSA BELI. hehehe...

sblm nie aku pakai hp jenis HTC. dan sblm tu jugak aku pakai HTC. dua² jahanam tetiba. taktau nape. tau² aje padam terus takleh on. anta kedai pun x leh nak repair. totally lost & damaged. aku x kisah hp rosak. yg aku kisah data² dlm hp tu. tp nak wat mcm mn. redha aje ler. hati menangis siapa yang tahu. hampir sbulan gak aku pakai hp biasa yg boleh call & sms aje sbb nak menabung beli hp baru tp bajet masih tak berapa nak ade.

actually hp idaman aku Huawei P9 Plus. tp harga mmg kebaboom. memandangkan aku masih sedar diri, aku beli aje dl hp yg biasa nie. kalo ikutkan aku x mampu nak beli lg. tetiba rezeki tpijak, ade balance duit dlm bank yg dah bzaman aku x guna sejak jadi student UiTM (tak habis blaja pun). akaun bank pun tpaksa diaktifkan semula sbb tak pernah guna btahun². bila akaun dah aktif, siap dpt kad baru lagi lambang Harimau Malaya (kad debit). skali ade balance RMxxx. ngam² utk aku sambar ZTE Blade V7 Lite yg kebetulan tgh diskaun RM200, percuma screen protector & casing. aku terpaksa beli tau. bukan saje² nak beli. puas aku survey hp murah tapi berbaloi sbb masih sedar diri hutang keliling pinggang. rasa mcm ade berketul2 batu besar atas pale. korang ape tau.

akhirnya aku jumpa ZTE Blade V7 Lite. dtg kedai terus sambar tanpa fikir pape pun.  takde masa nak belek² sbb risau berubah hati. lg pun aku dah survey spec dlm internet.

selepas 5 hari aku guna ZTE Blade V7 Lite, boleh dikatakan agak berpuas hati. takde la mharapkan hp yg perfect sgt. tp kalo nak demand lebih² dgn harga murah, lupakan saja. so, ape yg boleh aku citer pasal ZTE Blade V7 Lite bdasarkan pengalaman aku sendiri:

temperature. hp yg aku guna sblm nie cepat panas kalo guna lama² tmasuk tgh caj. yg nie maintain aje. sejuk mata memandang.

fingerprint. nie paling aku suka. aku biasa guna fungsi thumbprint kalo nak masuk opis lama. kali nie fingerprint utk security mobile (unlock hp).

gesture & motion. boleh set mcm² arahan melalui touchscreen. tp x jumpa mcm mn nak set utk screenshoot. geram wei sbb leceh kena tekan butang volume & on/off utk screenshoot!

kamera. utk yg kaki selfie, kamera built-in agak ok sbb leh set utk nampak glowing ala² camera 360. pastu kalo senyum atau wat 2 jari peace, automatik akan snap gambar. depan 8mp, blkg 13mp, kira ok la tu. kualiti pix boleh tahan.

dual sim. slot sim kedua jenis hybrid. maknanya leh sumbat memori card kalo pakai 1 sim. tp aku pakai 2 sim. kena potong paling kecik sbb nano kan.

flash. kamera dpn blkg ade flash tau. sesuai utk yg suka bgambar dlm gelap. tidak digalakkan selfie dlm semak, takut ade makhluk lain yg menumpang selfie. hehehe...

volume. sound agak kureng skit time loud speaker. Kena pakai earphone. tapi kalo layan lagu atau video x de masalah. ringtone pun ok, notification pun ok. speaker dpn (atas) & blkg (bawah). aku pun taktau nape loud speaker aje dah mcm berbisik ala² Yusof Taiyoob.

butang. butang on/off blah kanan, butang volume blah kiri. agak kekok nak guna sbb aku dah biasa butang on/off blah atas & butang volume blah kanan.

bateri. agak rendah dgn spec yg tak bape tinggi. tp kira ok la leh guna spanjang hari. org kata, besar periuknya, besar keraknya. so, pandai²lah nak guna.

slim. agak nipis dan ringan. saiz pun 5" aje. come lote.

network. memandangkan ONEXOX dah support 4G/LTE, mmg hp spesis nie yg aku cari. bdesup lajunya.

nampak tak, sekali idea dtg mmg susah aku nak stop menulis. aku rasa setakat ini saja coretan pasal hp raya aku nie. hehehe... kalo ade penambahan, nanti aku update. penat tak baca bebelan aku ari nie? hehehe...

Gambar diambil menggunakan ZTE Blade V7 Lite (8mp) dihadapan Mutiara Homestay di Balok, Kuantan, Pahang.

dikesempatan ini, aku ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. aku bukan malaikat mahu pun rasul yang maksum dari dosa. sebagai manusia biasa, tak terlepas dari melakukan sesuatu yang mungkin menyakiti hati sesiapa. adakalanya aku leka. adakalanya aku cuai. adakalanya aku culas. dalam cuba menjaga hati, dalam tak sedar aku mungkin dah menyakiti hati. aku menyusun 10 jari tanda kemaafan seandainya ada salah & silap tanpa sengaja. buat masa skrg aku masih di Kuantan, Pahang smpi raya kelima sejak semalam. tahun nie ramai2 beraya kat Pantai Timur sbb kazen kawen sok. lusa singgah Bahau, Negeri Sembilan jumpa famili mertua adik aku sblm pulang semula ke Simpang Renggam, Johor. tak sabar nak kerja. hihihi...

sebagai penutup... akhir kata dari aku,

"mungkin aku dikelilingi iblis, kau dikelilingi malaikat. sebab itu kau cuma nampak keburukan dan kelemahan aku sahaja."

1 comment:

  1. huyoohhh hp baru.. hehe.. thorbaikk la encik..

    ReplyDelete

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com