Out There We Are One

Wawasan 2020



Harap tak terlewat sangat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada pembaca² blog sekalian alam semesta. Pejam celik pejam celik dah 25 hari kita berada di tahun baru. Tapi kenapa tetiba aku update entri pada hari ke 25 setelah sekian lama menyepi?

25 Januari 2017. Kalau diberi kesempatan untuk bernafas lagi, sudah 63 tahun usia arwah mak aku hari nie. Tapi apakan daya, Allah SWT lebih menyayanginya hampir 3 tahun yang lalu.
Tiada lagi doa seorang ibu buat anak²nya. Tiada lagi ucapan hari lahir dari anak² buat ibunya. Hanya doa yang tidak putus buat mak di sana.

Mak. Along tak tahu bagaimana mak di sana. Tapi along harap mak baik² saja. Selepas mak ikut jejak langkah atok abah, nenek & mak andak, kini giliran atok mak meninggalkan kami semua. Cuma agak terkilan kerana kami tak sempat menatap wajah arwah atok mak buat kali terakhir.

Arwah atok mak pergi sehari selepas majlis pernikahan ayah. Mungkin kerana tidak mahu mengganggu majlis ayah, tiada siapa maklum tentang kematian & pengkebumian arwah atok mak pada hari tersebut.

Kerana tetamu datang bersilih ganti tanpa henti, majlis tetap diteruskan. Sebaik saja selesai majlis kami terus bergegas pulang ke kampung tanpa rehat. Hanya bacaan yassin & tahlil arwah yang sempat kami sampai kerana hari dah malam.

Mak. Along tak pasti sama ada gembira atau sedih. Cuma ayah perlukan seseorang untuk dijaga atas faktor usia & kesihatan yang tak begitu mengizinkan selain tinggal seorang diri di rumah kerana anak² mak masing² kerja.

Mak. Ayah tak mencari. Ayah tak juga memilih. Ada orang tolong carikan jodoh untuk ayah dan dia pilih ayah di antara ramai yang cuba merisiknya. Itu tandanya mak masih dihati ayah. Begitu juga kami. Jika ada orang boleh ganti tempat mak, percayalah tiada siapa boleh ganti kasih sayang mak.

Jika orang lain gembira & senyum ketawa di hari pernikahan, tapi ayah gembira & menangis sedih. Along tak tau apa yang bermain² difikiran ayah, tapi kami juga menangis kesedihan. Terlalu rindukan mak. Rindu pada yang tiada.

Mak. Redhakanlah pernikahan ayah. InsyaAllah perlahan² kami akan terima kehadiran orang baru dalam keluarga kita. Cuma mulut ini masih berat untuk memanggilnya mak atau ibu. Mungkin suatu masa nanti.

Mak. Anak bongsu mak dah tunang. Tahun depan dah nak kahwin. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Mak. 2 bulan lagi ayah akan berangkat ke Mekah menunaikan umrah. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

Sejak arwah mak aku pergi, mood nak berblogging tak berapa nak ada. Tapi hari ini aku cuba juga untuk taip apa-apa yang terlintas di dalam kepala otak aku nie memandangkan ada rakan² blogger dah mula bertanya bila nak update blog.

"Life begin at 40". Itu yang biasa kita dengar. Tapi itulah azam aku untuk 2017. Kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Ini bermakna aku ada masa lebih kurang 3 tahun saja lagi. Azam aku adalah untuk selesaikan segala kesulitan & kesukaran sebelum menjelang tempoh yang disasarkan.

Sebab itu aku pilih 3 tahun untuk susahkan hidup aku. Bukan sengaja, tapi aku terpaksa. Apa yang aku harapkan adalah aku harus kuat. Kalau menghitung setiap jam yang akan berlalu, tempoh 3 tahun terlalu lama untuk aku hadapi. Umpama aku menjunjung seketul batu yang amat besar sambil mendaki ke puncak gunung. Nak tak nak aku terpaksa teruskan tanpa berpatah balik. Cukuplah apa yang telah aku lalui tahun lalu. Tahun baru, azam baru, buka buku baru, lembaran hidup baru.

Adakah benar kehidupan aku bermula pada usia 40 tahun nanti. Wallahu'alam. Aku tiada jawapan. Tunggu dan lihat. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Mungkin inilah Wawasan 2020 aku.

1 comment:

  1. Haisss nape ada air mengalir kat mata ni bila baca entry ni.. hurmm

    Al-Fatihah utk arwah.. :'(

    ReplyDelete

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email d0d0l[.]com[@]my[.]com